PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis buru geng samun premis perniagaan

Go down

Polis buru geng samun premis perniagaan Empty Polis buru geng samun premis perniagaan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 28, 2010 9:23 am

2010/05/28
KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan satu kumpulan yang menyamar sebagai pembeli sebelum menyamun premis perniagaan di sekitar Sentul.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Zainuddin Ahmad, berkata modus operandi kumpulan yang dianggotai lebih tiga lelaki itu ialah memasuki sesebuah premis ketika premis baru dibuka dengan berpura-pura bertanyakan banyak soalan tentang produk atau barangan yang dijual.

"Mereka kemudian akan berpecah ketika pekerja mula menunjukkan barang atau pergi mendapatkan barang di stor di mana ada di antara suspek akan pergi ke kereta dan mengambil parang atau sesuatu senjata.
"Selepas pekerja terbabit kembali, semua lelaki berumur 20 hingga 50 tahun ini akan segera menyamun dengan meletakkan parang di leher pekerja terbabit sebelum memaksa mangsa menyerahkan semua barangan peribadinya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebiasaannya kumpulan itu turut menyamun barangan yang dijual atau dipamerkan sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang diletakkan di luar premis itu.

Dalam kes terbaru, katanya, seorang pemilik kedai lampu di Jalan Metro Prima Barat, Laman Rimbunan, Kepong kerugian hampir RM6,000 apabila disamun tiga lelaki ketika mangsa baru sahaja membuka premis perniagaannya pagi semalam.

Zainuddin berkata, dalam kejadian 8.20 pagi itu, mangsa didatangi suspek yang menyamar sebagai pelanggan dan mahu melihat stok lampunya.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa itu kemudian pergi ke stornya bersama-sama seorang pekerjanya di tingkat atas bersama-sama suspek.

"Tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dan meminta pengadu menyerahkan barang berharga seperti cincin, rantai, jam dan telefon bimbit sebelum mengikat mangsa dan pekerjanya dan melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berjaya melepaskan diri, kemudian menghubungi pihak polis bagi dan hasil maklum balas daripada mangsa, polis berjaya mengesan nombor pendaftaran dan jenis kereta yang digunakan kumpulan itu.

"Mangsa turut memberikan gambaran dan lakaran suspek termasuk fizikalnya...kita sedang mengesan nombor pendaftaran kereta terbabit dan menyemak kemungkinan wujudnya rekod lampau mereka," katanya. - Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum