PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

3 posters

Go down

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis Empty Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

Post  ong poh lee U6B Wed May 05, 2010 4:19 pm

KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.

Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.

Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis Empty Re: Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

Post  You Lee Shuen Wed May 05, 2010 6:58 pm

Apabila saya terdengar berita ini,saya berasa amat terkejut kerana saya berasa keruntuhan akhlak adalah amat serius di kalangan remaja hari ini.Demi memenuhi nafsu seseorang itu, mereka tidak berfikir tentang akibatnya dan mebuat sesuatu secara meluru. misalnya rompakan yang berlaku kali ini....
Demi mendapatkan wang yang banyak utk memenuhi nafsu mereka, mereka berani merompak walaupun faham mereka akan berdepan dengan akibat yang amat berat.
Saya rasa punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja adalah:
-Pengaruh rakan sebaya: untuk menunjukkan mereka adalah daripada geng yang sama, seseorang itu akan berbuat apa jua perkara yang dia fikir sesuaiuntuk menuj=njukkan keikhlasannya kepada "geng"nya.
-pendidikan ibu bapa yang tidak mencukupi
Ibu bapa merupakan model kepada kanak-kanak mereka. Selain itu, mereka juga mesti memberi pendidikan awan=l kepada anak mereka dan ini merupakan penggal yang penting dalam membentuk moral dan akhlak para remaja, Jikalau perlajar tidak dididik dengan betul, maka mereka akan terjerumus ke jurang maksiat. Tambahan pula, ibu bapa hari ini mementingkan menyara hidup anak-anak mereka daripada mengajar mereka ke arah yang betul. ini menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
- kekurangan pegangan agama yang kuat

Langkah:
-ibu bapa mesti menjalankan tanggungjawab mereka utk mendidik anak-anak mereka.
-memberi ceramah kepada remaja dan memberi amaran kepada mereka ttg akibat melakukan jenayah.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis Empty Re: Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 1:33 pm

1)Ibu bapa juga harus memantau segala tingkah laku anak-anak mereka.
2)Ibu bapa harus sentiasa mengambil berat tentang keadaan anak-anak mereka.
3)Kasih sayang dan pendidikan moral atau agama harus diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak.
4)Ibu bapa perlu meluang masa lapang untuk menemani anak-anak seperti berkelah, membeli belah dan bersukan bersama-sama anak-anak.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis Empty Re: Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum