PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penjenayah silap 'sapu'

2 posters

Go down

Penjenayah silap 'sapu' Empty Penjenayah silap 'sapu'

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 09, 2010 11:22 am

Kenderaan rasmi Khalid ‘dipulang’ selepas dua hari

PETALING JAYA: “Sorry PDRM... silap sapu,” demikian nota ringkas ditinggalkan penjenayah dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui semula pagi semalam selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9, Shah Alam dua hari lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, berkata Proton Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui kira-kira jam 8.45 pagi semalam di tepi jalan di Prima Damansara menghala ke Sungai Buloh.

“Ia ditemui anggota peronda (MPV) dari Balai Polis Damansara ketika melakukan rondaan rutin di taman perumahan itu yang turut ditugaskan mengesan kereta berkenaan sejak dilaporkan hilang di Shah Alam, Khamis lalu.

“Difahamkan, kereta itu ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau ada komponennya hilang. Malah, tiada pengubahsuaian dilakukan pada nombor pendaftarannya seperti yang biasa berlaku pada kereta curi,” katanya.

Bagaimanapun, agak melucukan apabila anggota peronda terbabit menemui sekeping nota ditinggalkan penjenayah yang memohon maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tersilap mencuri kereta rasmi pihak berkuasa berkenaan.

Katanya, kereta itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut, termasuk ujian forensik bagi mengenalpasti jumlah sebenar suspek terbabit dalam kes berkenaan serta identiti mereka.
“Siasatan masih berjalan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian komponen, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan antara satu hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kereta Khalid dilaporkan hilang kira-kira jam 9 pagi, Khamis lalu ketika pemandunya yang dalam perjalanan menghantar dokumen dari IPK Selangor ke Ampang, berhenti bersarapan di sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Shah Alam.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, sebuah lagi kereta model sama milik peribadi Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dilaporkan dicuri di hadapan rumah pembantunya di Taman Kepong, pagi kelmarin.

Difahamkan, kenderaan terbabit dilarikan bersama lambang dan pelekat `Ahli Dewan Negara – Parlimen Malaysia’ yang dikhuatiri disalahgunakan, termasuk dijual kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan tidak baik.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi memaklumkan kenderaan terbabit yang didaftarkan atas nama abang tokoh politik itu belum ditemui sehingga semalam.

“Semua pegawai dan anggota dikerah mengesan kenderaan itu, termasuk penjenayah yang melarikannya secepat mungkin melalui sekatan jalan raya di sekitar bandar raya,” katanya.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Penjenayah silap 'sapu' Empty Samun kereta VIP hanya kebetulan: Polis

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed May 12, 2010 3:58 pm

KUALA LUMPUR: Polis percaya kegiatan samun kenderaan milik orang kenamaan yang berlaku tiga kali dalam tempoh sebulan ini yang semuanya membabitkan Proton Perdana V6, adalah hanya kebetulan dan bukan dirancang.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mamah, berkata hasil siasatan awal pasukan khas yang dianggotai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kuala Lumpur mendapati lebih daripada satu kumpulan terbabit dalam samun kereta mewah itu.

"Mereka hanyalah mencuri seperti biasa dan tidak sedar ia milik VIP. Kita belum tahu lagi modus operandi mereka.

"Namun kita tidak menolak kemungkinan mereka akan menjual kereta yang disamun atau menggunakan kereta itu untuk melakukan jenayah samun di kawasan Lembah Klang ini," katanya ketika dihubungi.

Semalam, kereta Proton Perdana V6 milik Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, yang hilang sejak 7 Mei ditemui di Jinjang.

Sebelum itu, kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, yang dilaporkan dicuri pada 6 Mei di Seksyen 9, Shah Alam, ditemui semula di Prima Damansara, Petaling Jaya, dua hari kemudian.

Episod kehilangan kereta Perdana V6 yang berharga hampir RM101,500 itu bermula pada 12 April apabila kereta milik pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang.
Kereta Asisten Ketua Staff Pengurusan Strategi Bahagian Pengurusan Tentera Laut Wisma Pertahanan, Laksamana Pertama Datuk Rosli Idrus, itu dilaporkan hilang berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran di Wangsa Maju di sini pada jam 12.45 pagi.

Ia ditemui pada 10 Mei dengan mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam but kereta terbabit yang terbakar di kawasan Ladang Sawit Elmina, Sungai Buloh dekat sini.

Omar berkata, pasukan khas yang ditubuhkan itu masih mengumpul maklumat dan tidak menolak kemungkinan mereka yang terbabit termasuk warga asing yang berpengalaman dalam mencuri kenderaan. - Bernama

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Penjenayah silap 'sapu' Empty Re: Penjenayah silap 'sapu'

Post  Khang Wei (U6B/2010) Thu May 13, 2010 12:52 pm

Ini merupakan berita yang lucu bahawa pencuri kereta tersebut ternyata tidak berani OFFEND (得罪 bm how to say?) polis diraja malaysia. Namun ini tidak bermakna mereka boleh mencuri kereta orang lain. Mencuri merupakan hal yang tidak sepatut dilakukan kerana kita tidak berhak untuk mengambil barangan lain tanpa sebab dan kebenaran serta menjadikannya sebagai milik sendiri.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Penjenayah silap 'sapu' Empty Re: Penjenayah silap 'sapu'

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum