PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua lagi remaja cuba samun kafe siber ditahan

Go down

Dua lagi remaja cuba samun kafe siber ditahan Empty Dua lagi remaja cuba samun kafe siber ditahan

Post  Kar Yung (U6A/2010) Fri May 07, 2010 5:55 pm

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan dua lagi remaja yang terbabit dalam kejadian cubaan samun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini oleh lapan remaja awal pagi Rabu lalu, menjadikan semuanya lima remaja sudah ditahan berhubung kes itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata kedua-dua remaja berumur 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa antara jam 8 dan 12 tengah malam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua remaja itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka kini ditahan reman sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga lagi suspek kejadian samun Rabu lalu diminta menghubungi balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi pada Rabu lalu, tujuh lelaki bersenjatakan pedang, gergaji dan pisau menyerbu pusat internet itu dan mengugut pengurus premis supaya menyerahkan wang manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam sebuah kereta di luar premis berkenaan.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum