PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

16 remaja antara ditahan berpesta liar

3 posters

Go down

16 remaja antara ditahan berpesta liar Empty 16 remaja antara ditahan berpesta liar

Post  ypeng(U6A/10) Sun May 16, 2010 7:19 am

TELUK KEMANG 15 Mei - Keasyikan 27 orang termasuk 16 remaja menyertai satu pesta liar dalam bilik yang diubah suai di sebuah resort di Port Dickson dekat sini, mengundang padah, apabila diserbu sepasukan polis awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu, semua mereka berusia antara 16 hingga 26 tahun ditahan ketika sedang khayal menikmati alunan muzik ala disko.

Daripada kesemua remaja yang ditahan, empat adalah wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh, serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson hasil maklumat awam.

Katanya, ujian air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif mengambil dadah termasuk empat wanita berkenaan.

"Penganjur mengubah suai bilik di resort berkenaan untuk dijadikan mini disko dengan membawa pelbagai peralatan seperti pembesar suara.

"Polis turut merampas sejumlah dadah dipercayai jenis ketamin dalam bilik itu," katanya di sini hari ini.

Baljeet berkata, kumpulan itu dikatakan menyewa bilik di resort berkenaan sejak semalam untuk bersuka ria.

Pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca bekalan dadah itu diperoleh.

"Mereka yang didapati positif dadah itu ditahan untuk tindakan lanjut dan siasatan mengenainya masih dilakukan.

"Polis mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai yang mengetahui perlakuan jenayah supaya memaklumkan kepada polis untuk tindakan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a), akta yang sama.

"Kesemua mereka kini ditahan di IPD Port Dickson untuk membantu siasatan," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

16 remaja antara ditahan berpesta liar Empty Re: 16 remaja antara ditahan berpesta liar

Post  HuInI(U6A) Sun May 16, 2010 2:54 pm

Rolling Eyes isu-isu sebegini haruslah ditangani segera kerana golongan belia merupakan bakal pemimpin negara.
Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk menangani masalah ini dengan memerhatikan perlakuan dan pergerakan anak-anak mereka.Adakah remaja ini mendapat kebenaran ibu bapa untuk keluar dengan kawannya pada waktu tengah malam ini? Jawapannya mestilah tidak. Oleh itu,ibu bapa juga haruslah mengambil berat tentang pergaulan anak mereka kerana pengaruh besar daripada rakan sebaya kepada golongan remaja memang tidak dapat dinafikan. What a Face

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

16 remaja antara ditahan berpesta liar Empty Re: 16 remaja antara ditahan berpesta liar

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 16, 2010 3:41 pm

Adakah remaja ini mendapat kebenaran ibu bapa untuk keluar dengan kawannya pada waktu tengah malam ini? Jawapannya mestilah tidak.
Dalam serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu, semua mereka berusia antara 16 hingga 26 tahun ditahan ketika sedang khayal menikmati alunan muzik ala disko.
Bagi yang berumur hampir 30 tahun (26 tahun), adakah ibu bapa masih mampu mangawal keluar masuk mereka?

Tidak semestinya ibu bapa tidak membenarkan anak mereka keluar lewat malam. Ini adalah kerana sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa anak mereka telah cukup matang untuk membuat keputusan dan menjaga diri. Alasan sibuk dengan bekerja bagi menyara seisi keluarga sering diikat pada golongan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu. Satu perkara yang ibu bapa tidak sedar ialah komunikasi antara anak dengan ibu bapa adalah sangat penting tidak mengira umur. Perhatian tetap memainkan peranan bagi mewujudkan satu keluarga yang harmoni dan sihat.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

16 remaja antara ditahan berpesta liar Empty Re: 16 remaja antara ditahan berpesta liar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum