PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua remaja ditahan polis selepas disyaki bunuh nenek sendiri

Go down

Dua remaja ditahan polis selepas disyaki bunuh nenek sendiri Empty Dua remaja ditahan polis selepas disyaki bunuh nenek sendiri

Post  Lee Bee Ying (L6A/2012) Fri Jun 22, 2012 6:33 pm

PANAJI, India 22 Jun - Polis Goa menahan dua remaja lelaki, semalam selepas disyaki membunuh nenek mereka dan mengambil wang untuk kegunaan berjudi di Liga India Perdana (ILP).

Remaja berkenaan yang berusia 14 dan 15 tahun itu antara lima geng yang ditahan polis kerana terlibat dengan pembunuhan seorang warga emas, Linda Cajetan Andrade,65, yang ditemui bogel di rumahnya bulan lepas.

Kumpulan tersebut juga disyaki mencuri 400,000 rupees (RM22,600) dan barangan kemas di rumah tersebut. - AFP

Pada pendapat saya , dua remaja ini telah ketagih kepada perjudian .Perkara ini disebabkan remaja pada usia ini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan kurang diberi perhatian oleh ibu bapa .Oleh itu , mereka berjudi , tetapi dua remaja ini menghadapi masalah kewangan iaitu tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan berjudi , jadi mereka membunuh nenek sendiri untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perjudiannya .

Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa kepada anaknya supaya dapat mengelakkan berlaku masalah tersebut . Selain itu , masalah personiliti remaja diri sendiri juga perlu mempunyai kesedaran tentang keburukan dan kesan berjudi . Dari sudut negara pula , kerajaan seharusnya mengadakan pelbagai kempen tentang keburukan dan kesan berjudi kepada masyarakat supaya mereka sedar akan masalah yang akan timbul apabila berjudi ...

Lee Bee Ying (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-22
Age : 30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum