Remaja menyamun ibu sendiri

View previous topic View next topic Go down

Remaja menyamun ibu sendiri

Post  ASHLEY L6A/2012 on Tue Sep 04, 2012 5:39 pm

PETALING JAYA: Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu.

Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang.

Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya.
“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
Remaja tersebut telah melakuakn sesuatu kesalahan yang sangat serius. Dia boleh meminta wang dengan ibunya dengan baik dan berjurjur dengan ibunya sebab-sebab dia meminta wang tersebut. Bukanlan dia sahaja tidak mengenang jasa ibu dia, dia juga menyamun ibu sendiri. Dia harus meminta maaf dan pulangkan duit tersebut kepada ibunya.

ASHLEY L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-28

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum