Mati selepas minum ubat buatan sendiri

View previous topic View next topic Go down

Mati selepas minum ubat buatan sendiri

Post  Soo Chia Shin (L6A/2012) on Thu Aug 16, 2012 5:16 pm

Sungai Petani: Seorang wanita berusia 23 tahun mati, dipercayai selepas meminum ubat buatan sendiri bersama teman lelakinya, di Taman Mutiara, di sini malam kelmarin.Mangsa yang dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki yang kini berada di Pahang, dikatakan meninggal dunia sebaik tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Sementara itu, teman lelakinya berusia 20 tahun yang turut dihantar ke hospital sama masih dirawat.Berdasarkan maklumat, pasangan terbabit dikatakan meminum ubat yang dicampur minuman berkarbonat.
Pada pandangan saya, saya berasa setiap orang harus terdedah kepada maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengambilan makanan serta kesihatan diri sendiri. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu tentang pengambilan makanan mungkin akan meyebabkan seseorang kehilangan nyawa. Oleh itu, sekiranya masyarakat mempunyai ilmu tentang pengambilan makanan, tragedi yang seperti di atas dapat dielakkan.

Soo Chia Shin (L6A/2012)

Posts : 6
Join date : 2012-06-22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum