PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar trauma lihat sendiri bapa mati digilis bas sekolah

Go down

Pelajar trauma lihat sendiri bapa mati digilis bas sekolah Empty Pelajar trauma lihat sendiri bapa mati digilis bas sekolah

Post  NgSiokYing U6F/11 Fri Jun 25, 2010 11:20 am

Pelajar trauma lihat sendiri bapa mati digilis bas sekolah
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:PARIT BUNTAR 24 Jun - Seorang pelajar yang menyaksikan sendiri bapanya maut akibat digilis bas sekolah semalam masih trauma dengan kejadian begitu menyayat hati itu.

Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Baru di sini hari ini, Ooh Chee Seng, 16, berkata, dia masih tidak dapat menerima kenyataan kehilangan orang disayanginya dalam sekelip mata.

"Saya sedih dengan kejadian semalam. Semuanya berlaku secara tiba-tiba," katanya

Dalam kejadian pukul 1.20 petang semalam, motosikal ditunggangi Ooh Swee Long, 52, dilanggar sebuah bas sekolah di Jalan Sekolah di sini.

Berikutan itu, Swee Long mati di tempat kejadian manakala Chee Seng yang membonceng motosikal itu hanya mengalami cedera ringan.

Ketika kejadian, mangsa baru sahaja menjemput anak lelakinya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian.

Chee Seng yang masih kelihatan sugul dengan kejadian itu memberitahu, dia akan sentiasa merindui bapanya kerana hubungan mereka sangat rapat.

Sementara itu, adik mangsa, Ooh Say Leong, 50, berkata, dia amat sedih sebaik sahaja mendengar berita kematian abangnya digilis bas sekolah.

"Saya akan cuba bantu keluarga ini apa yang mampu," katanya yang baru tiba daripada Pulau Pinang petang ini.

Turut melawat keluarga mangsa ialah guru-guru dan beberapa rakan sekolah Chee Seng.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum