8 pelajar sekolah menengah positif dadah

View previous topic View next topic Go down

8 pelajar sekolah menengah positif dadah

Post  Kar Yung (U6A/2010) on Thu Feb 11, 2010 5:30 pm

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ke atas pelajar di lima buah sekolah menengah di daerah Gombak dekat sini mendapati lapan pelajar didapati positif dadah.
Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin berkata pihaknya sudah menjalankan ujian saringan dadah di sekolah-sekolah berkenaan minggu lalu selepas mendapat maklumat daripada pihak sekolah.

"Kita lakukan ujian air kencing terhadap 200 pelajar dan didapati lapan pelajar adalah positif dadah, dan kita sebenarnya tidak akan melakukan ujian itu kepada semua pelajar sebaliknya kepada mereka yang disyaki saja, biasanya mereka yang menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas melawat AADK Daerah Gombak di sini, hari ini.

Katanya pelajar terbabit akan diberikan kaunseling di bawah program intervensi pelajar AADK.

Sementara itu, beliau berkata Gombak adalah kawasan 'panas' yang menjadi tumpuan AADK untuk membasmi gejala penagihan dadah.

Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 26
Location : KL

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum