PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kepupusan hidupan liar

Go down

Kepupusan hidupan liar Empty Kepupusan hidupan liar

Post  yogeiswari chandrasegaran Sun Oct 10, 2010 5:20 pm

Kepupusan hidupan liar seperti haiwan dan pelbagai jenis tumbuhan telah mencapai tahap yang membimbangkan. Bincangkan strategi yang harus dilaksanakan untuk menangani masalah ini.
yogeiswari chandrasegaran
yogeiswari chandrasegaran

Posts : 20
Join date : 2010-09-28
Age : 32
Location : penang

Back to top Go down

Kepupusan hidupan liar Empty Re: Kepupusan hidupan liar

Post  yogeiswari chandrasegaran Sun Oct 10, 2010 5:53 pm

Pepatah Melayu lama menyebut, "patah tumbuh hilang berganti". Bagaimanapun, tidak semua yang hilang akan kembali. Begitu juga halnya dengan isu kepupusan spesies haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Contoh paling nyata ialah kepupusan binatang prasejarah dinosour. Hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi agar kelangsungan spesiesnya terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama seperti dinosour berulang.
Antara langkah yang harus dilaksanakan bagi menangani masalah kepupusan ini adalah dengan mengasingkan kawasan tanah untuk melindungi serta memelihara hidupan liar sebagai usaha menseimbangkan ekosistem. Pusat-pusat perlindungan hidupan liar perlu dibangunkan dengan tujuan pemeliharaan, pemuliharaan, pendidikan dan juga penyelidikan mengenai hidupan liar. Antara pusat perlindungan yang bertujuan sebegini yang sedia ada di Malaysia termasuklah Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah , Pusat Pemuliharaan Gajah Negara di Kuala Gandah, Taman Negara, Pahang dan juga taman-taman botanikal yang dikhususkan khas bagi tumbuh-tumbuhan.
Selain itu, bank-bank genetik juga perlu ditubuhkan. Bank genetik ini perlu menyimpan pelbagai jenis specimen seperti DNA setiap haiwan dan tumbuhan bagi mengelakkan hidupan liar daripada terus lenyap. Pertubuhan bank ini juga bertujuan membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain penyelidik dari luar negara. Melalui penyelidikan diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan hidupan liar serta mengatasi kepupusan.
Di samping itu, undang-undang yang berkaitan dengan hidupan liar juga perlu diperkuatkuasakan supaya tidak ada pihak yang berani mengancam kehidupan hidupan liar. Mengancam kehidupan hidupan liar termasuklah memburu binatang bagi mendapatkan kulit, gigi, tanduk dan juga dagingnya, dan menebang pokok secara haram serta tidak terkawal atau berleluasa. Hukuman berat perlu diberikan kepada sesiapa sahaja yang bertindak mengancam flora dan fauna.
Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara hidupan liar perlu diadakan secara global. Kempen-kempen ini perlu memberi kesedaran kepada masyarakat sedunia tentang kepentingan hidupan liar dan peranan yang dimainkan olehnya dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan biodervisiti. Mungkin melalui kempen ini masyarakat sedunia akan sedar kepentingan melindungi hidupan liar dan semua negara turut mengambil inisiatif untuk melindungi flora dan fauna.
Antara haiwan yang telah pupus di negara kita ialah harimau belang, badak Jawa, burung merak hijau dan burung upih. Kepupusan ini didapati berpunca daripada kebanyakkan kawasan dan habitat semula jadinya yang sudah menjadi tidak sesuai untuk pembiakan. Perkara ini perlu diambil serius kerana generasi akan datang tidak dapat mengenali lagi pelbagai spesies yang ada di dalam hutan dan hanya mengenalinya melalui gambar sahaja. Justeru, langkah-langkah yang berkesan wajar dilaksanakan dengan segera untuk menangani masalah ini.
yogeiswari chandrasegaran
yogeiswari chandrasegaran

Posts : 20
Join date : 2010-09-28
Age : 32
Location : penang

Back to top Go down

Kepupusan hidupan liar Empty Re: Kepupusan hidupan liar

Post  yogeiswari chandrasegaran Sun Oct 10, 2010 5:54 pm

teacher..
pls leave ur comment 4 tiz esei..
Smile 10Q
yogeiswari chandrasegaran
yogeiswari chandrasegaran

Posts : 20
Join date : 2010-09-28
Age : 32
Location : penang

Back to top Go down

Kepupusan hidupan liar Empty Re: Kepupusan hidupan liar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum