Lelaki maut ditembak ketika kejar suspek samun siber kafe

View previous topic View next topic Go down

Lelaki maut ditembak ketika kejar suspek samun siber kafe

Post  Lee Bee Ying (L6A/2012) on Thu Aug 30, 2012 1:09 pm

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seorang lelaki maut terkena tembakan ketika dia cuba mengejar dua suspek yang menyamun RM2,000 dari sebuah kafe siber di Taman Jinjang Baru, di sini hari ini.

Dalam kejadian 6.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Rahmat Jul, 34, yang berasal dari Sandakan, Sabah cedera parah di bahagian perut dan paha, meninggal dunia di Hospital Selayang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati salah seorang penyamun itu melepaskan tiga das tembakan di luar premis dengan dua daripadanya mengenai mangsa.

"Kedua-dua suspek lelaki itu berusia 40-an dan menyamun menggunakan sepucuk pistol serta sebilah parang. Selepas melepaskan tembakan yang mengenai mangsa, mereka melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, Siti Samiah Gapal, 34, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Selayang berkata, suaminya ada menghubunginya kira-kira pukul 3 pagi memaklumkan dia pulang lewat dari tempat kerjanya.

"Namun kira-kira pukul 7 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu saya memberitahu suami saya mati ditembak," katanya yang sudah 16 tahun mendirikan rumahtangga dengan mangsa.

Menurut Siti Samiah, ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Mohd. Rahmat menunjukkan perubahan apabila bersikap amat mesra dan sering mencium kepala dia dan tiga anak lelakinya yang berusia lima hingga 14 tahun.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Mohd. Dari, 38, pula berkata, ketika kejadian, terdapat kira-kira lapan pelanggan di premis itu.

"Ketika memasuki kedai itu, kedua-dua suspek terus meluru ke arah kaunter wang sambil mengajukan pistol dan parang kepada semua orang yang berada di situ.

"Selepas memperolehi wang, mereka lari melalui pintu depan dan ketika itulah mangsa mengejar mereka ke luar kedai dan memukul tangan salah seorang daripada penyamun itu dengan kayu. Saya hanya mendengar beberapa das tembakan," ujarnya yang masih berada di dalam premis ketika itu.


Pada pendapat saya , kita seharusnya mempunyai sikap tolong-mwnolong apabila ternampak sesiapa yang berada dalam keadaan kesusahan.Selain itu , kita juga harus menghulurkan tangan kepada sesiapa yang bersusah kerana tolong-menolong adalah satu sikap yang diperlukan pada masa kini.Dengan itu , kes-kes di negara kita dapat dikurangkan.

Lee Bee Ying (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-22
Age : 22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum