PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Premis judi diserbu

Go down

Premis judi diserbu Empty Premis judi diserbu

Post  ypeng(U6A/10) Sun Jun 13, 2010 8:31 am

KUALA LUMPUR 12 Jun - Bagi memastikan pelanggan 'melekat punggung' di premis mereka, beberapa pusat perjudian haram di Jalan Klang Lama di sini dikesan menyediakan makanan dan minuman percuma kepada kaki judi.

Dengan kemudahan makanan dan minuman percuma itu, pelanggan boleh bermain judi selama mana yang mereka mahu kerana tidak perlu lagi bersusah-payah untuk keluar mencari makanan di luar.

Antara makanan dan minuman percuma disediakan di pusat perjudian haram yang beroperasi selama 24 jam ini ialah biskut, mi segera, air mineral, kopi dan teh.

Kegiatan licik pemilik pusat perjudian menggunakan permainan komputer secara dalam talian ini terbongkar setelah lima pegawai dan 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat serbuan pada pukul 5 petang ini.

Pegawai Pencegahan D7, Supritendan Maszely Minhad berkata, dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, pihaknya merampas 169 unit komputer dan wang tunai berjumlah RM2,695 dari lima premis terbabit.

Beliau berkata, enam lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh berusia antara 24 hingga 28 tahun yang bekerja di premis haram itu turut ditahan.

"Selain penjaga premis, polis turut menahan 17 lelaki tempatan dan dua lelaki rakyat Indonesia dan Pakistan berusia antara 24 hingga 58 tahun yang menjadi pelanggan.

"Kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya selepas mengetuai operasi itu hari ini.

Maszely berkata, siasatan mendapati kelima-lima premis yang diserbu menawarkan permainan jenis 'dinasour', 'roulette' dan 'cowboy' secara online kepada pelanggan.

Difahamkan, pemilik premis sanggup mengeluarkan modal tinggi untuk membuka pusat perjudian ini termasuk mengubahsuai ruang kedai kerana mampu meraih keuntungan lumayan sehingga mencecah RM13,000 sehari.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum