PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Batal lesen judi bola

Go down

Batal lesen judi bola Empty Batal lesen judi bola

Post  keat sin (U6A) Sat Jun 26, 2010 9:57 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang selama tiga jam malam tadi sebulat suara menyokong lesen pertaruhan itu tidak dikeluarkan.
"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini.

"Syarat ini begitu tegas ditentukan kerajaan. Sejak kerajaan meluluskan secara dasar pada Ascot Sports Sdn Bhd (Ascot), tinjauan ramai dilakukan dan terdapat pihak yang menyokong dan menentang.

“Selepas mengambil kira semua pandangan ini, jelas pada kerajaan sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen itu diberikan kepada Ascot.

"Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan yang lesen itu tidak akan dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi.
Beliau yakin komponen Barisan Nasional (BN) turut menerima keputusan ini.

Isu lesen judi pertaruhan bola sepak ini timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Berikutan itu, beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO, serta beberapa badan perhubungan negeri, membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak di negara ini.

Pengeluaran lesen itu menurut mereka akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada masyarakat serta tidak menjamin aktiviti bookie haram dapat dihapuskan.

Terdahulu, Najib berkata, lesen pertaruhan sukan ini bermula dari 1989 apabila Ascot mendapat lesen berkenaan daripada kerajaan tetapi mereka menyerahkan semula lesen itu pada 1990 selepas mendapat kerugian besar.

Sejak itu, katanya, Ascot cuba memperbaharui semula lesen itu dan kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu baru-baru ini.

Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan juga mendapatkan pandangan umum sebelum lesen itu dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen itu dari sudut agama, ekonomi dan sosial.

'Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti pertaruhan sukan haram yang dikatakan memperoleh lebih RM10 bilion ini,” katanya.

Beliau berkata, Ascot sudah dimaklumkan perkara itu dan tiada sebarang pampasan akan dikeluarkan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum