PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia

Go down

Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia Empty Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 17, 2009 5:40 pm

INSIDEN penyiaran tarian Pendet yang berasal dari Bali bagi mempromosi pelancongan di Malaysia yang mendapat bantahan secara agresif sebahagian kecil rakyat Indonesia amat dikesali. Walaupun penjelasan diberikan, ia seolah-olah tidak dapat meredakan api kemarahan kelompok terbabit.

Tuduhan keterlaluan dilemparkan kepada Malaysia bertujuan menyemarakkan lagi api kemarahan. Kini ia bertukar menjadi ancaman keselamatan apabila kumpulan bersenjatakan buluh runcing melancarkan kempen ‘Sapu Malaysia’ bertujuan menghalau atau lebih tepat lagi menyapu keluar rakyat Malaysia di Indonesia.

Ada juga pihak yang mempermainkan sentimen permusuhan ini melalui media. Mungkin dengan tujuan melariskan jualan atau juga sebagai berita sensasi bagi menarik perhatian golongan tertentu. Rata-rata pemimpin kedua-dua negara berpandangan ia perlu ditangani segera dengan berkesan. Tidak perlu diperbesarkan sehingga menggugat keharmonian hubungan yang terjalin kukuh selama ini.


Hubungan antara Indonesia dan Malaysia adalah hubungan unik, iaitu bukan sekadar dari sudut sempadan geografinya yang panjang, tetapi hubungan darah dan persaudaraan yang menjalar kepada bahasa, budaya dan semestinya, agama.

Jangan dilihat hubungan kedua-dua negara hanya pada hubungan antara rakan Asean saja. Malaysia dan Indonesia, saudara seagama. Hubungan antara kedua-dua negara memberikan iklim yang stabil terhadap perkembangan dakwah Islamiah.
Jika isu ini disoroti dari sisi pandangan pertembungan Barat dan Islam, sewajarnya umat Islam kedua-dua negara perlu bertindak bijak. Sekali kita terbelit dan terperangkap dalam permainan domino Barat, maka amat sukar untuk kita merungkainya semula.

Maka Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpandangan agar ukhuwah Islamiah perlu mendapat tempat yang sewajarnya. Ia menjadi teras perhubungan antara kedua-dua negara serumpun inihingga ke hari ini.

Bagi kelangsungan dakwah Islamiah, maka keharmonian perlu dikekalkan. Jangan kita terbabit dengan pertikaian yang merugikan. Media arus perdana kedua-dua negara perlu memainkan peranan berkesan untuk menjernihkan hubungan dua hala.

Selain itu, demi perjuangan memartabatkan Islam, ulama kedua-dua negara perlu membantu dan membimbing ummah agar tidak terseret ke dalam perangkap Barat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) khuatir jika hubungan antara bangsa serumpun ini diserahkan kepada golongan politik semata-mata, ia cenderung kepada pendekatan populis yang sempit dan berorientasi sokongan setempat.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia Empty Discovery mohon maaf isu tarian Pendet

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 17, 2009 5:43 pm

ISU tarian Pendet yang mencetuskan kontroversi terbaru antara Malaysia dan Indonesia tidak berlaku jika pihak bertanggungjawab yang menyiarkan iklan selama 30 saat itu menjelaskan keadaan sebenar dan menuntut maaf serta-merta.

Sumber yang ditemui di sini memberitahu Berita Harian, kegagalan membuat penjelasan menyebabkan kemarahan rakyat Indonesia dan digembar-gemburkan oleh pihak media di sini.

“Seperti ada usaha sengaja untuk memprovokasi kemarahan rakyat kedua-dua negara, sedangkan jika penjelasan segera dibuat, rakyat Indonesia tidak akan marah. Tidak akan ada gerakan kumpulan ‘buluh runcing’ atau ‘sapu Malaysia’,” katanya.
Katanya, Discovery Networks Asia-Pasifik yang bertanggungjawab mengendalikan saluran televisyen Discovery Channel sudah memohon ‘maaf sebesar-besarnya’ bagi pihak syarikatnya kepada Menteri Kebudayaan dan Pariwisata, Jero Wacik atas apa yang disifatkannya sebagai ‘kekeliruan kreatif’.

Dalam suratnya kepada Jero Wacik bertarikh 28 Ogos lalu, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar (Asia Tenggara) syarikat itu, Kevin Dickie, menjelaskan mengenai penggunaan unsur budaya Indonesia dalam klip promosi Enigmatic Malaysia.

Antara petikan isi kandungan surat itu: “Dengan ini kami sampaikan bahawa Discovery Network Asia-Pacific mengetahui wujudnya penggunaan gambar penari Bali dalam klip promosi selama 30 saat untuk program Enigmatic Malaysia. Klip promosi itu menampilkan grafik yang mewakili pelbagai episod dalam siri berkenaan.
“Namun, gambar penari Bali yang dimaksudkan berasal dari pihak ketiga. Untuk pengetahuan, promosi itu bukanlah sebahagian daripada kandungan yang dimaksudkan.

“Kami memohon maaf apabila klip promosi itu menyinggung pemerintah dan rakyat Indonesia, serta penonton (televisyen) kami. Dengan ini, kami ingin menyatakan bahawa klip itu sudah kami hentikan penayangannya di semua rangkaian kami.

“Izinkan kami untuk menjelaskan bahawa kesalahan ini cuma kekeliruan kreatif, sementara semua fakta dan maklumat yang terkandung dalam program berkaitan adalah benar semata-mata.”

Sumber itu juga berkata, syarikat produksi Malaysia yang terbabit ialah KRU Sdn Bhd dan membuat program enam siri yang menggambarkan kehidupan, budaya dan adat istiadat Malaysia.

“Namun, tarian Pendet yang menjadi isu itu tidak ada dalam mana-mana siri yang dihasilkan KRU. Ia dimasukkan oleh produksi iklan Discovery Network. Saya harap penjelasan dan salinan surat ini dapat membetulkan salah faham yang tercetus antara rakyat kedua-dua negara,” katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia Empty Pelancong batal lawatan ke Indonesia

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Sep 17, 2009 5:48 pm

KUALA LUMPUR: Gerakan 'Sapu Malaysia' yang dilancarkan sekumpulan ekstremis di Indonesia mula memberi kesan terhadap industri pelancongan apabila banyak tempahan lawatan ke republik itu dibatalkan.

Malah, rakyat Malaysia terutama pelajar di republik itu juga mengakui keadaan di Jakarta masih tidak menentu berikutan isu penggunaan 'Tarian Pendet', sejenis tarian tradisional Kepulauan Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif EastQabillah Travel & Tours Sdn Bhd, Fadzil Abdullah, berkata biarpun masih terlalu awal untuk membuat rumusan berhubung isu itu, namun banyak tempahan yang dibuat dengan syarikatnya sempena cuti sekolah akhir tahun ini sudah dibatalkan.

"Kita mula merasai kesannya apabila ada pelanggan membatalkan tempahan atau mengubah destinasi pelancongan yang dianggap lebih selamat seperti Padang dan Medan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini.

Di Jakarta, rakyat Malaysia, terutama pelajar terpaksa mengubah penampilan diri supaya tidak menampakkan identiti rakyat negara ini kerana bimbang dicederakan kumpulan anti-Malaysia itu yang terlalu taksub dengan isu 'Tarian Pendet'.
Pelajar Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida), Raihana Asila A Kadir, berkata berikutan kontroversi itu, pelajar perempuan tidak lagi memakai baju kurung dan bertudung ala-Malaysia ketika keluar ke bandar.

"Kami tidak lagi berani berjalan seorang diri untuk ke sesuatu tempat, termasuk pusat beli-belah di bandar. Terasa banyak sangat mata memerhati kami dengan pandangan sinis, seolah-olah tidak berpuas hati. Malah, kami turut dimaki hamun dan dilempar pelbagai kata kesat," katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Selasa lalu, Kumpulan Anti-Malaysia (KAM) mengadakan sekatan jalan raya dan membawa buluh runcing untuk mengugut rakyat Malaysia di Jalan Diponegoro, Jakarta.

Penyelaras KAM, Muchtar Bonaventura, dilaporkan berkata tindakan itu sebagai amaran kepada Malaysia supaya tidak memberi layanan buruk kepada rakyat Indonesia atau mendakwa elemen budaya republik itu sebagai miliknya.

Beliau juga merancang untuk meluaskan operasi kumpulan itu dan menjadikan pejabat dan rumah milik rakyat Malaysia sebagai sasaran.

Seorang lagi pelajar Malaysia di Ukrida, Ahmad Akmal, berkata suasana agak tegang berikutan demonstrasi jalanan oleh kumpulan berkenaan yang menyokong kempen 'Sapu Malaysia'. Twisted Evil

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia Empty Re: Tarian Pendet-berasal dari Bali, Indonesia

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum