Jerebu

View previous topic View next topic Go down

Jerebu

Post  CikguPA on Thu Jul 30, 2009 4:53 pm

Bincangkan:

1. Konsep jerebu

2. Punca-punca jerebu.

3. Kesannya kepada manusia dan alam sekitar.

4. Langkah mencegah/mengatasi.

tq

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Aug 02, 2009 6:15 am

Konsep Jerebu

-Peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan normal mengikut indek pemcemaran udara (IPU). Bahan-bahan terampai seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang di hasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat petir. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian. kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Aug 02, 2009 1:56 pm

Punca-punca

1. Letupan gunung berapi
2. Kebakaran hutan.
3. Pembakaran terbuka
4. Perindustrian
5. Kenderaan bermotor

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Wed Aug 05, 2009 4:41 pm

Kesan-kesan jerebu

1. Memburukan lagi masalah mereka yang menghidapi asma dan penyakit-penyakit berkaitan pernafasan.
2. Menjejaskan penglihatan.
3. Menyebabkan kemalangan jalanraya, pelanggaran kapal laut dan menjejaskan perkhidmatan pengangkutan udara.
4. Menjejaskan hidupan akuatik apabila suhu meningkat.
5. Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengurangkan produktiviti sektor pertanian.
6. Meningkatkan kejadian hujan asid.
7. Meningkatkan suhu tempatan dan kesan rumah hijau.
8. Menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 1:12 pm

Jerebu landa bandar Melaka

PEMANDANGAN pusat bandar Melaka dirakam dari Menara Taming Sari pada pukul 1 tengah hari menunjukkan keadaan jerebu yang semakin teruk, semalam.

MELAKA 7 Ogos - Kualiti udara di sekitar pusat bandar berada di tahap tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan lebih 100 setakat 2 petang ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Abd. Hapiz A. Samad berkata, masalah jerebu itu berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Katanya, arah tiupan angin menghala ke Melaka dari Sumatera sejak tiga hari lepas membawa debu pembakaran itu ke negeri ini.

''Pada pukul 11 pagi IPU di Melaka ialah 78, bagaimanapun IPU meningkat melebihi 100 menjelang pukul 2 petang," katanya di sini hari ini.

Indeks bagi kualiti udara yang tidak sihat ialah apabila ia melebihi 100.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Mon Aug 10, 2009 9:54 am

Selesema babi serius, jerebu pula melanda

MALAYSIA kini dilanda jerebu sekali lagi. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana negara pada masa yang sama berdepan dengan kes selesema babi atau H1N1.

Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyusutan kes, sebaliknya ia semakin meningkat dengan kadar kematian yang membimbangkan semua pihak, termasuk ibu bapa.

Kematian kanak-kanak akibat jangkitan H1N1 amat merisaukan. Sejak minggu lepas, bilangan kes kematian dicatatkan hampir setiap hari.

Maka tidak hairanlah, ramai yang mula bimbang dan bertindak mengunjungi hospital dan klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Bilangan pesakit yang bertambah secara mendadak untuk mendapatkan rawatan sudah cukup membuktikan betapa seriusnya H1N1 dan menunjukkan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap penularan kes ini.

Keadaan diburukkan lagi dengan masalah jerebu yang melanda beberapa negeri di Malaysia. Indeks kualiti udara yang semakin teruk ditambah dengan keadaan cuaca yang panas menyumbang kepada penularan H1N1.

Saban tahun kita terbeban dengan masalah jerebu walaupun telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara jiran. Nampaknya, usaha yang digembleng selama ini tidak membuahkan hasil apabila petani negara seberang terus menambah derita rakyat negara ini.

Apa pun yang berlaku, kes H1N1 ini tidak boleh dipandang remeh. Peningkatan kes menunjukkan bahawa influenza A semakin merebak, khususnya di sekolah.

Menerusi laporan media, banyak sekolah yang ditutup gara-gara H1N1 dan kes jangkitan tempatan terus meningkat. Ramai kanak-kanak demam dan keadaan menjadi lebih serius apabila ada kes kematian yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan keadaan di sekolah. Keadaan sesak dalam bilik darjah dengan hanya berbekalkan kipas menyebabkan keadaan tidak selesa. Cuaca yang panas dan berjerebu menyumbang kepada peningkatan kes di sekolah.

Maka tindakan Kementerian Kesihatan mengarahkan agar sesetengah sekolah ditutup ada asasnya. Kita bimbang keselamatan kanak-kanak sekolah yang merupakan golongan berisiko untuk dijangkiti influenza A.

Namun demikian, saya dan seluruh rakyat Malaysia berharap Kementerian Kesihatan sudi menghulurkan topeng muka atau ‘face mask’ secara percuma kepada semua sekolah di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah ada kawasan terutamanya di luar bandar sudah mula merasai peritnya kemarau. Sewajarnya pada masa ini, usaha pembenihan awan dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan sesetengah kawasan ini terus menderita akibat kemarau dengan ketiadaan sumber air.

Sudah terbukti sejak beberapa tahun lepas bahawa usaha pembenihan awan mampu mengurangkan masalah kemarau.

Yang amat membimbangkan apabila keadaan panas ini akan menyebabkan kes influenza A terus meningkat, terutamanya di kawasan yang dilanda kemarau.

Cegah sebelum parah!

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Wed Aug 12, 2009 12:59 pm

Langkah-langkah mencegah/mengatasi

1. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

-Denda, kompaun, tarik lesen pihak-pihak yang menyumbang kepada pencemaran udara seperti melakukan pembakaran terbuka.
-laporan EIA bagi setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik

- Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti gas, suria dan kuasa eletrik hidro.

- mengantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput dalam sektor pertanian.

- mengalakkan perkongsian kereta dan penggunaan pengangkutan awam.

- mewujudkan zon perindustrian .

- menjalankan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan

- merenjis wap-wap air dari bangunan tinggi di bandar

- menggunakan penapis pada ekzos kenderaan dan pengunaan petrol tanpa plumbum

- mewujudkan bandar dalam taman agar tumbuhan menyumbang wap-wap air yang membolehkan pembentukan awan seterusnya menurunkan hujan bagi memendapkan habuk dan partikel terampai dalam atmosfera

3. Pendidikan

- kempen sayangi alam sekitar dan kepentingan menjaga persekitaran dari pencemaran.

- pendidikan melalui subjek di sekolah

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sat Aug 15, 2009 3:05 pm

KANDUNGAN JEREBU
Bahan Sumber pengeluarnya
1. Partikulat terampai - Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang

2. Sulfur dioksida - Letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel

3 Karbon monoksida dan karbon - loji tenaga , idustri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum

4. Nitrogen dioksida - loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor

5. Plumbum - industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sat Aug 15, 2009 3:12 pm

Kesan komponen utama jerebu

1. Karbon monoksida - melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.

2. Sulfur dioksida - meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Mengganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.

3. Nitrogen dioksida - merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.

4. Plumbum - merosakkan sistem saraf dan otak.

5. Partikulat terampai - meruncingkan penyakit paru-oaru dan jantung, mengubah ketahan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Aug 16, 2009 3:12 am

Skala Indek Pencemaran udara (IPU)

Skala Indek IPU Status Kualiti Udara
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya
Lebih daripada 501 Darurat boleh diisytiharkan

Sumber: Jabatan Kaji Cuaca Malaysia

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Aug 16, 2009 4:01 am

Kualiti udara seluruh negara baik


KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara kekal baik dengan lebih separuh daripada 50 kawasan yang dipantau mencatat kualiti udara sihat, manakala 23 kawasan lagi mencatatkan bacaan sederhana, dan tiada kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan sehingga jam 5 petang ini 26 kawasan mencatat IPU baik termasuk Jerantut, Pahang (27), Alor Setar, Kedah (43), Paka, Terengganu (35), Kuching, Sarawak (36) dan Kota Kinabalu, Sabah (35).

Kawasan yang mengalami kualiti udara tahap sederhana termasuk Bukit Rambai, Melaka (76), Nilai, Negeri Sembilan (57), Tanjung Malim, Perak (78), Kangar, Perlis (52) dan Kota Tinggi, Johor (53).

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Tue Sep 01, 2009 2:12 pm

Kualiti udara bertambah baik

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara baik pagi semalam berbanding 37 kawasan kelmarin manakala 11 kawasan lain merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Di Kelantan, Mukim Sultan Ismail Kota Baharu dan Tanah Merah masih mengekalkan IPU baik masing-masing dengan bacaan 36 dan 37, begitu juga di Nilai (39), Port Dickson (39), Seremban (36), Keningau (38), Kota Kinabalu (30), Sandakan (23) dan Tawau (53) serta beberapa kawasan lain yang turut mencatatkan IPU baik.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan Pasir Gudang di Johor, Balok Baru di Kuantan dan Bintulu di Sarawak masih kekal mencatatkan IPU sederhana.

Sementara itu, kawasan lain yang mencatat IPU sederhana termasuk Sibu (58), Sarikei (53), Samarahan (67) dan Sri Aman (56) manakala Putrajaya (40), Kota Tinggi (47) serta Pelabuhan Klang (46). - Bernama

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Thu Sep 03, 2009 1:09 pm

27 kawasan catat IPU baik, 23 sederhana

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan atau 54 peratus daripada kawasan yang dipantau di seluruh negara merekodkan kualiti udara baik pagi ini manakala 23 kawasan berstatus sederhana.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan sehingga jam 11 pagi ini, 23 kawasan atau 46 peratus mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Kawasan berkenaan ialah Kota Tinggi (62), Larkin Lama (54), Muar (58), Bukit Rambai (60), Bandaraya Melaka (51), Nilai (54), Port Dickson (52), Seremban (53), Tanjung Malim (68), Bintulu (62), Kapit (56), Kuching (58), Samarahan (71), Sarikei (59), Sibu (61), Sri Aman (68).

Kawasan lain ialah Country Heights, Kajang (56), Kuala Selangor (51), Pelabuhan Klang (77), Petaling Jaya (52), Shah Alam (61), Batu Muda (72) dan Cheras (53).

Jerantut mencatatkan bacaan IPU 24, manakala Sandakan dan Langkawi masing-masing dengan bacaan IPU 25; Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang (26); Paka di Terengganu (27) dan Kangar di Perlis (29) adalah antara kawasan yang tahap udaranya baik.

Tiada kawasan dikesan merekodkan IPU tidak sihat. - Bernama

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Thu Sep 24, 2009 5:50 am



BANGUNAN terkenal Opera House di Sydney juga kelihatan samar-samar dibandingkan dengan gambar atas ketika kota itu dilanda ribut debu merah yang melumpuskan sistem pengangkutannya semalam. - REUTERS

SYDNEY 23 Sept. - Bandar raya terbesar di Australia diselubungi debu merah ekoran ribut debu hari ini ketika bahagian lain negara itu turut mengalami kebakaran hutan, gempa bumi, angin kuat dan ribut hujan batu.

Kenderaan-kenderaan dan bangunan di Sydney berubah warna kepada jingga apabila angin kuat membawa debu padang pasir ke seluruh bandar raya, menjejaskan pengangkutan komuter dan pengangkutan udara di samping memaksa kanak-kanak serta warga emas tinggal di dalam rumah.

Penduduk juga terpaksa memakai topeng muka dan menutup mulut mereka dengan kain sekiranya ingin ke mana-mana, sementara penerbangan-penerbangan di lapangan terbang Sydney dijangka tertunda dalam tempoh yang agak lama selepas beberapa penerbangan antarabangsa dilencongkan.

Jurucakap syarikat penerbangan Air New Zealand, Mark Street berkata, tiga penerbangan dari New Zealand ke Sydney terpaksa berpatah balik berikutan ribut debu.

Turut terjejas adalah pengangkutan feri setelah khidmat kemudahan itu di Pelabuhan Sydney dihentikan beberapa jam ekoran jarak penglihatan yang terhad.

Perkhidmatan ambulans negeri pula memberitahu, pihaknya menerima 250 panggilan sebelum waktu tengah hari daripada penduduk yang mengalami sesak nafas.

Berikutan itu mereka menggesa penduduk yang menghidap asma atau masalah pernafasan supaya tidak keluar dari rumah.

Di New South Wales, hujan batu sebesar bola kriket menghentam tingkap apabila ribut petir dan angin kencang melanda negeri itu lewat malam tadi.

"Kita turut menerima laporan tentang kenderaan-kenderaan yang pecah cermin hadapan dan belakang akibat hujan batu,'' kata seorang pegawai dari Perkhidmatan Kecemasan Negeri.

Di bahagian utara, Queensland menguatkuasakan larangan membakar api di sebahagian besar negeri itu sehari selepas beberapa kawasan hutan terbakar berikutan cuaca panas dan kering yang luar biasa.

Victoria pula diletak dalam keadaan berjaga-jaga selepas banjir kilat melanda ekoran hujan lebat. Ia disusuli dengan gempa kecil lewat malam tadi. Namun gegaran 3.0 dan 2.6 pada skala Richter itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan, ujar pegawai.

Polis di barat daya New South Wales yang bersempadan dengan Victoria melaporkan, keadaan di situ juga terjejas teruk semalam apabila debu tebal mengakibatkan langit berubah warna merah selain jarak penglihatan yang terhad kepada dua hingga tiga meter. - Agensi

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Sep 27, 2009 3:41 pm

36 kawasan catat IPU baik pagi ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara baik pagi ini, manakala 14 kawasan lain merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 11 pagi ini, tiada kawasan merekodkan IPU tidak sihat.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU baik ialah Muar dengan bacaan 47, Alor Setar (29), Sungai Petani (31), Langkawi (19), Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (36), Tanah Merah (46), Bandaraya Melaka (45) dan Bukit Rambai (37).

Sementara di Negeri Sembilan, Nilai, Port Dickson dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 37, 43 dan 40.

Di Pahang, Indera Mahkota dan Jerantut menunjukkan IPU baik kedua-dua mencatatkan bacaan 27 begitu juga di Perak, Jalan Tasek, Ipoh (42), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (44), Seri Manjung (42) dan Tanjung Malim (36).

Di Pulau Pinang, kawasan Prai, Seberang Jaya 2 dan Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan kualiti udara baik dengan bacaan 38, 43 dan 22 manakala di Sabah, Kota Kinabalu (38), Sandakan (36) dan Tawau (43).

Di Sarawak, dua kawasan merekodkan IPU baik iaitu Limbang (33) dan Miri (48) sementara kawasan lain kekal dengan IPU sederhana iaitu Bintulu (61), Kapit (60), Kuching, (52), Samarahan (71), Sarikei (60), Sibu (77) dan Sri Aman (59).

Kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana ialah Kota Tinggi, Johor (71), Larkin Lama (59), Pasir Gudang (66), Balok Baru, Kuantan (58) dan Taiping, Perak (52).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - Bernama

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Fri Nov 06, 2009 12:35 pm

Hanya 4 kawasan catat udara sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga 11 pagi ini adalah baik kecuali empat kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tiga dari empat kawasan itu - Pasir Gudang, Johor; Bukit Rambai, Melaka; dan Balok Baru, Kuantan; masing-masing mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 51; manakala Sibu, Sarawak 52.

Sementara itu, sebanyak 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik antaranya Alor Setar, Kedah (16); Tanah Merah, Kelantan (23); Jerantut, Pahang (16); Bandaraya Melaka, Melaka (16); Limbang, Sarawak (16); dan Kuala Terengganu, Terengganu (19).

Selain itu, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang dan Petaling Jaya di Selangor turut merekodkan bacaan IPU baik dengan masing-masing mencatat 38, 40 dan 27.

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - Bernama

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  CikguPA on Sun Jun 30, 2013 11:01 am

ISU SERANTAU

Tindakan proaktif tangani jerebu
Oleh Ku Seman Ku Hussain

JEREBU menyerang lagi dan seperti biasa orang ramai di kawasan yang dikelaskan sebagai bahaya" dinasihatkan berada dalam bangunan, memakai penutup hidung dan jangan membuat pembakaran terbuka. Sebenarnya orang sudah bosan dengan nasihat begini kerana masalah jerebu yang mula melanda sejak 1997 tidak ditangani secara proaktif oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Kini jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan di Riau, Indonesia telah menenggelamkan" beberapa kawasan dan diisytiharkan darurat. Sekolah dan semua kegiatan di luar bangunan dibatalkan. Kali ini Johor adalah negeri yang paling teruk dan sekali gus menjejaskan kegiatan ekonomi.

Walaupun ini bukan masalah baharu malah berulang kali dialami, setakat ini belum memperlihatkan satu pelan tindakan yang proaktif untuk mengekang kejadian ini berulang. Sementara itu ada pihak pula begitu galak mengumumkan denda kepada individu yang membuat pembakaran terbuka di negara ini. Tahukah mereka bahawa jerebu ini bukan dicetuskan oleh negara ini. Jerebu dicetuskan oleh Indonesia.

Baru-baru ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, G. Palanivel mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya di Jakarta. Apakah kita boleh mengharapkan hasil pertemuan yang lebih kepada usaha diplomatik daripada menyelesaikan masalah yang sedang tenat ini? Malah permohonan maaf daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono juga tidak memberi sebarang makna selagi tidak ada tindakan yang serius.

Walaupun jerebu memberi kesan buruk kepada kesihatan warga di negara ini, tetapi jerebu juga berkaitan dengan maruah negara. Ini juga menguji cara negara ini menangani masalah yang mendatangkan bahaya kepada warganya. Apabila jerebu tidak ditangani dengan serius, ini menjejaskan maruah negara setidak-tidaknya di mata negara-negara ASEAN.

Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak yang mencetuskan masalah jerebu supaya lebih bertanggungjawab. Dalam soal ini Singapura kelihatan lebih ke depan apabila mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebabkan negara itu mengalami jerebu yang teruk. Singapura telah memperlihatkan kesungguhan menjaga maruahnya apabila sektor pelancongan terjejas teruk selain menjejaskan kesihatan.

Kenapa Malaysia tidak mendesak supaya Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentasi Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution 2002) dilaksanakan? Perjanjian ini dibuat selepas jerebu teruk melanda negara ini pada 1997 di mana semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani perjanjian pada 2002.

Perjanjian ini disertai oleh Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailan dan Vietnam. Tentulah sangat aneh apabila negara yang menjadi penyebab jerebu iaitu Indonesia tidak menyertai perjanjian ini. Kerana itu Malaysia perlu memainkan peranan untuk memaksa Indonesia menyertai perjanjian ini.

Pada 2005, negara ini mengalami masalah jerebu yang teruk apabila berlaku pembakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Lembah Kelang menjadi sasaran jerebu hingga hampir melumpuhkan kegiatan harian terutama di luar bangunan. Pada 2006 jerebu berulang lagi dan perjanjian itu seolah-olah telah beku dan mati.

Melihat kepada perjanjian yang tidak dilaksanakan ini, apakah kita masih menaruh harapan tinggi terhadap pertemuan Palanivel dengan rakan sejawatnya di Indonesia? Kita tidak mahu pertemuan ini hanya menjadi bahan berita di media semata-mata dan apabila jerebu melanda lagi, dibuat pertemuan lagi.

Tekanan

Malaysia perlu menjadi pendesak supaya perjanjian ini diteliti semula dalam kalangan negara ASEAN. Negara lain tidak mengalami masalah seteruk Malaysia yang jerebu sudah menjadi acara tahunan" yang sangat menyeksakan. Kerana itu Malaysia perlu menjadi pemain utama untuk menggerakkan supaya perjanjian ini memberi tekanan kepada Indonesia supaya lebih bertanggungjawab.

Ini merupakan krisis nasional di negara ini. Kerana itu tidak wajarlah cara menyelesaikan krisis ini hanya dengan nasihat supaya tidak keluar rumah dan sentiasa memakai penutup hidung. Krisis nasional, apa lagi yang menyentuh soal maruah memerlukan tindakan yang lebih serius.

Adakah larangan keluar rumah satu pendekatan yang sesuai kerana petani, buruk dan sekian banyak lagi yang berkerja di luar bangunan untuk menyara keluarga? Maknanya jerebu menjejaskan kegiatan harian golongan berpendapatan rendah yang terdedah kepada pencemaran ini. Kenalah menjadi jalan supaya kehidupan harian mereka tidak terjejas walaupun larangan supaya berada dalam rumah atau bangunan itu suatu yang baik.

Begitu juga larangan membuat pembakaran terbuka yang mendatangkan masalah kepada pesawah terutama di Kedah dan Perlis yang terpaksa membakar jerami padi. Ini kaedah yang dijalankan sejak turun temurun untuk melupuskan jerami dan sekali gus menjadi baja untuk tanaman seterusnya. Kita perlu realistik bahawa selama ini pembakaran jerami padi di Kedah dan Perlis belum lagi pada tahap pencemaran.

Maknanya menghadapi jerebu bukanlah membesarkan perkara yang remeh temeh ini. Walaupun ada peruntukan undang-undang kepada individu atau syarikat yang membuat pembakaran terbuka, yang selalu menjadi masalah adalah jerebu dari Indonesia yang datang dalam kadar kepekatan yang tinggi.

Sebenarnya tidak cukup dengan menghebahkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada orang ramai. Kalau IPU naik hingga melebihi 400 iaitu tahap bahaya sekalipun, apakah yang mereka boleh lakukan selain berkurung dalam rumah atau dalam bangunan?

Dari sudut kesihatan, pencemaran udara jauh lebih besar kesannya pencemaran air yang selalu berlaku di negara ini. Kita masih ada pilihan untuk mencari air yang bersih tetapi tidak ada pilihan untuk menyedut udara bersih dalam jerebu. Mahu tidak mahu kita terpaksa menyedut bahan-bahan beracun untuk hidup.

Maka pendirian tegas Malaysia terhadap isu jerebu termasuk mendesak dilaksanakan Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ASEAN. Kerana negara ini yang paling teruk, Malaysia mesti menjadi pemain utama memanfaatkan semangat ASEAN untuk menangani krisis nasional ini. Malaysia perlu menggunakan kesepakatan ASEAN untuk mendesak Indonesia menyertai perjanjian ini kerana masalah jerebu dicetuskan oleh Indonesia.

Sebenarnya Indonesia tidak serius menangani pembakaran terbuka di negaranya. Ini sama dengan sikap Indonesia yang tidak menyertai perjanjian bersama negara ASEAN yang lain dalam isu jerebu. Kerana itu jerebu yang kerap melanda negara ini menguji kesungguhan kita mempertahankan maruah. Ini terpulang kepada kita sama ada defensif, reaktif atau proaktif dalam menangani isu jerebu ini.

Kalau kita reaktif, kita akan melakukan apa yang dilakukan sebelum ini termasuk beberapa pendekatan secara ad-hoc seperti kesediaan menghantar anggota bomba dan penyelamat untuk menolong memadamkan kebakaran di Riau. Kalau kita proaktif, selain membuat tindakan ad-hoc, kita melangkah jauh ke depan untuk memastikan masalah jerebu tidak menjadi acara tahunan" di negara ini.

Walau apa sekalipun, dalam semangat kejiranan dan ASEAN, isu jerebu perlu menjadi satu mercu tanda kesepakatan untuk sama-sama menangani masalah ini. Jerebu bukan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Ini adalah kesilapan manusia dan boleh diatasi dengan meningkatkan kesedaran serta menguatkuasakan tindakan undang-undang.

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Bahaya jerebu

Post  CikguPA on Thu Jul 18, 2013 3:39 am

Bahaya jerebu
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Foto WAHIDIN SALIM dan FAIRUZ IZYANA AYUB

Semakin ramai pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

JEREBU boleh dikatakan masalah berulang di rantau Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka atas alasan membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian.

Sehingga kini kawasan yang paling teruk terjejas akibat jerebu adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun lalu dan telah pun diisytihar darurat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. A. Shukri Datuk Md Salleh berkata, pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan.

“Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa.

“Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru," katanya lagi.

Kajian menunjukkan jerebu bukan saja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen.

“Bahan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, demam, selesema, penyakit kulit dan sinus.

“Secara tidak langsung akan menyebabkan kos bil hospital yang tinggi dan produktiviti menurun," katanya.

Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat?

Dr. Shukri berkata, pengguna perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu.

“Jika air, kita menggunakan penapis air bagaimana pula dengan udara?" soalnya.

Dr. Shukri berkata, apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih.

“Kita perlu memastikan aliran udara yang baik, penghawa dingin diservis, permaidani dibersih, minum air yang banyak, pakaian dicuci dengan bersih dan keadaan dalaman kereta yang bersih," katanya.

Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia.

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian.

Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak.

“Kita juga masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit).

“Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan," katanya.

Bagaimanapun Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga Pensyarah Kanan, Unit Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Mohd. Rafee Baharudin berkata, beberapa langkah perlu dilakukan memandangkan kejadian jerebu boleh dikatakan sering berlaku.

“Masalah yang dihadapi seperti topeng muka yang tidak sesuai untuk semua peringkat usia.

“Buat masa sekarang, tidak terdapat topeng yang sesuai untuk kanak-kanak kerana saiz topeng adalah mengikut saiz orang dewasa," katanya.

Kanak-kanak yang memakai topeng orang dewasa masih terdedah kepada partikel-partikel jerebu jika pemakaiannya tidak sempurna seperti di bahagian tepi yang longgar.

Dr. Mohd. Rafee menegaskan bahawa satu peraturan menghadkan penggunaan jalan raya semasa IPU berada di tahap berbahaya perlu diadakan supaya ianya dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap pencemaran kualiti udara.

Ianya tidak mustahil untuk dilakukan terutamanya bagi tujuan menjaga kesihatan penduduk di negara ini.

“Pihak berkuasa juga hendaklah perlu memastikan bekalan topeng muka adalah sentiasa mencukupi terutamanya di waktu insiden jerebu ini," katanya.

Sistem komunikasi yang berkesan juga harus diadakan seperti menggunakan balairaya, balai bomba, balai polis dan sekolah sebagai tempat rujukan atau menyebarkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

Selain itu menurut Dr. Rafee, pendedahan awal mengenai jerebu juga amat penting, misalnya memberikan penerangan kepada pelajar mengenai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari sebarang pencemaran.

“Pihak industri yang berkaitan juga perlu menjalani kursus seakan induksi bagi memberikan pendedahan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar," katanya.

Pihak berkuasa juga perlu peka terhadap golongan berisiko yang bukan sahaja kanak-kanak sekolah tetapi juga taska, tadika, pusat penjagaan bayi serta pusat penjagaan warga emas.

Ini kerana peningkatan penyakit respiratori didapati meningkat melebihi 100 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas terutamanya bagi kawasan yang diistiharkan darurat.

Dr. Rafee juga menyarankan pengguna agar lebih berhati-hati semasa makan di kafetaria terbuka kerana makanan yang terdedah itu dikhuatiri turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu.

"Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna," katanya.

Aktiviti sukan di luar juga perlu dikurangkan sama ada di peringkat sekolah, universiti, badan-badan sukan tempatan mahupun antarabangsa.

Dr. Rafee menambah, ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya.

Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung.

“Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan," katanya.

Selain itu, bahan-bahan pencemar yang ada dalam udara bukan saja berbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan serta didapati mengurangkan nilai estetika bangunan (menjadikannya pudar).

Pembaca boleh mendapatkan maklumat terkini bacaan IPU dengan melayari laman web http://www.doe.gov.my/apims/ atau http://www.nre.gov.my/malay/ pages/IPU.aspx

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130630/kn_02/Bahaya-jerebu#ixzz2ZLxE489x
© Utusan Melayu (M) Bhd

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Tangani Isu Pembakaran Dan Jerebu Di Indonesia Dengan Penuh

Post  CikguPA on Fri Jul 19, 2013 4:38 pm


JAKARTA, 19 Julai (Bernama) -- Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (APIMI) mahu isu pembakaran dan jerebu di Indonesia ditangani dengan penuh berhemat.

Pengerusi APIMI Datuk Abdul Wahab Maskan berkata perkara ini adalah penting kerana isu itu melibatkan negara anggota Asean terutama Indonesia, Malaysia dan Singapura.

"Isu tahunan mengenai pembakaran dan jerebu perlu ditangani secara berhemat oleh semua kerajaan yang terlibat dan jadikannya sebagai agenda utama apabila kerajaan berkaitan bertemu semasa mesyuarat dua hala atau mesyuarat Asean sebelum musim tompokan panas (pembakaran)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berharap satu pasukan petugas khas tetap mengenai pembakaran dan jerebu ditubuhkan kerajaan berkaitan bagi memastikan anggota yang menghadapi masalah itu dibantu sedaya mungkin.

"Kerjasama antara K dengan K (kerajaan dengan kerajaan) adalah sangat penting dan ia disokong platform P dengan P (perniagaan dengan perniagaan). P dengan P sepatutnya bukan satu isu bagi Kumpulan Minyak Sawit Indonesia Malaysia (IMPOG). Topik itu akan dibincangkan antara wakil kedua buah negara," katanya.

Abdul Wahab berkata semua pihak yang terlibat dalam pembakaran dan jerebu perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian kepada isu itu danbukan mencari pihak mana untuk dipersalahkan.

Beliau berkata Malaysia melalui K dengan K, sentiasa menyokong usaha kerajaan Indonesia untuk mencari penyelesaian dan menghentikan pembakaran dan jerebu.

Anggota APIMI, katanya, sentiasa menjadi operator yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan amalan terbaik seperti operator-operator perladangan yang dihormati di Indonesia manakala pihak berkuasa pada umumnya bertanggungjawab dan responsif kepada keperluan pelabur perladangan di Indonesia.

Beliau mengesahkan bahawa syarikat Malaysia pada umumnya tidak bersalah dalam soal pembukaan tanah di Indonesia menggunakan pembakaran menyebabkan jerebu yang menjejaskan Singapura dan Malaysia baru-baru ini.

Katanya sesetengah anggota APIMI yang dituduh menyebabkan pembakaran di Riau bulan lepas menjelaskan mereka tidak bersalah dan sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan mereka mengenai punca pembakaran di Riau.

Abdul Wahab berkata laporan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan dan ia terbukti bahawa mereka tidak terbabit.

"Saya memberi jaminan bahawa anggota-anggota APIMI pada umumnya selama ini mempunyai dasar pembakaran sifar. Mereka memberi jaminan bahawa mereka mematuhi prosedur makluman dalam menguruskan perladangan masing-masing dan juga sentiasa diingatkan setiap awal tahun agar bersedia berhubung isu tompokan panas dan langkah-langkah mengatasi isu seperti menyediakan bahan bercetak atau buletin kepada anggota," katanya.

Beliau berkata anggota APIMI juga mempunyai Prosedur Operasi Standard mereka sendiri bagi memastikan mereka mengelak daripada kegiatan pembakaran terbuka dan ada pasukan petugas khas bagi membantu pihak berkuasa jika pembakaran terbuka dilakukan pihak lain.

"Dalam mesyuarat agung APIMI baru-baru ini, anggota persatuan mengesahkan bahawa mereka mengamalkan pembakaran sifar bagi sebarang aktiviti di dalam lingkungan ladang mereka dan menyokong ISPO (Indonesian Sustainable Palm Oil) yang melarang pembakaran terbuka dalam aktiviti menanam semula dan menekankan persekitaran dan amalan perladangan mesra alam," katanya.

Kenyataan itu dibuat setiausaha agung meja bulat mengenai kelestarian minyak sawit (RSPO) pada 5 Julai juga membuktikan tiada seorangpun anggota APIMI terbabit dalam pembakaran dan jerebu di Riau.

Beliau berkata RSPO, menjalankan analisis dengan bantuan pakar penyelidik antarabangsa dan seorang saintis dan penemuan menunjukkan tiada satu syarikat pun yang dituduh terbabit menyebabkan kebakaran di Riau.



-- BERNAMA

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Bencana Jerebu Sebagai Tanda Kealpaan Manusia

Post  CikguPA on Sun Jul 21, 2013 1:15 pm

Ditulis oleh Azrina Binti Sobian. Posted in Berita Harian


Bulan Jun merupakan bulan yang istimewa bagi meraikan alam sekitar kita. Pada 5 Jun 2013, Hari Alam Sekitar Sedunia disambut. Tema sambutan bagi tahun ini ialah "Think, Eat and Save." Tema ini ringkas tapi penuh makna. Namun ironinya, bulan yang penuh makna bagi alam sekitar ini disambut penuh "berjerebu" oleh warga Malaysia. Dalam keadaan ini, elok juga kita meluangkan sedikit masa untuk memikirkan tentang masalah tersebut, seperti mana yang dianjurkan dalam tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, sebagai satu usaha muhasabah diri.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang mengajak manusia untuk berfikir, memerhati serta melakukan pengamatan. Antaranya, di dalam surah ar-Ruum (30), ayat 24; surah ar-Ra'd (13), ayat 3 dan surah al-Jaathiyah (45), ayat 5. Sesungguhnya, akal anugerah Ilahi bukan satu perhiasan tetapi perlu digunakan semaksimum mungkin, apatah lagi menggunakan akal untuk muhasabah diri demi berhadapan dengan bencana alam ketika ini.

Masalah jerebu yang berlaku memberi terlalu banyak pengajaran dan peringatan kepada manusia yang mahu berfikir. Salah satunya adalah tentang sikap manusia. Mereka yang tidak peduli akhirnya menyebabkan kerosakan demi kerosakan kepada alam. Kata orang, "berani buat, beranilah tanggung." Jadi, manusia membakar hutan, maka manusialah yang menanggung akibat tingkah laku jahil tersebut. Ini bertepatan dengan janji Allah SWT bahawa manusia yang melakukan kerosakan, akan merasakan kesan daripada perbuatan tangannya (ar-Rum, 30: 14). Namun malangnya, mereka yang tidak bersalah turut sama "dipaksa menikmati" kesan tersebut.

Selain sikap, masalah jerebu yang berulang-ulang sejak tahun 1997 ini, menunjukkan betapa rendahnya pengetahuan manusia terhadap peranannya di dalam alam yang serba luas ini serta tidak memahami peranan setiap entiti alam yang diciptakan oleh Allah SWT. Sememangnya, perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah banyak membantu manusia memahami peranannya serta peranan sumber alam. Namun, kenapa manusia masih mengganggu-gugat persekitarannya? Ini kerana, pengetahuan berdasarkan perkembangan sains dan teknologi tidak dapat menyemarakkan hikmah dan hemah dalam jiwa manusia semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Oleh itu, menyemarakkan hikmah dan hemah dalam diri manusia perlu dengan menambah ilmu agama ke dalam jiwa tersebut. Ini kerana, ilmu agama membuka mata manusia untuk memahami peranannya sebagai khalifah, tanggungjawab atau amanah, menerima konsep keadilan dalam interaksi dengan alam, konsep mizan (kesetaraan), tawazun (keseimbangan), jamal (indah) dan sebagainya. Manusia yang benar-benar faham tentang konsep-konsep ini pasti tidak tergamak melakukan kemusnahan alam kerana dia tahu bahawa tindakannya itu akan disoal dan diperhitungkan di hadapan Yang Maha Esa.

Tidak ketinggalan juga kegagalan manusia memahami konsep pencemaran merentas sempadan. Selalunya, kita hanya melihat kepada masalah-masalah alam sekitar tempatan. Misalnya, masalah sampah, penebangan hutan, tanah runtuh dan sebagainya. Ini merupakan satu pengetahuan yang terhad. Dalam keadaan dunia masa kini, pengetahuan terhadap masalah alam sekitar bersifat global atau merentasi sempadan amat penting dan kritikal. Hakikatnya, kita berkongsi alam ini dengan orang lain, di dalam mahupun di luar negara. Oleh itu, kerosakan sumber alam yang dilakukan di satu tempat akan memberi kesan kepada tempat yang lain, sama ada tempat itu di Malaysia mahupun jauh di negara orang. Oleh itu, ahli masyarakat perlu diberikan kesedaran dan pengetahuan tentang masalah alam sekitar sejagat.

Oleh sebab kita semua berkongsi alam atau bumi yang sama, maka penyelesaian terhadap permasalahan ekologi itu memerlukan kerjasama yang utuh. Dalam banyak keadaan, kita suka menyalahkan orang lain terhadap apa yang terjadi. Memanglah mudah dan mungkin menyeronokkan apabila menuding jari, namun ini tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah malah boleh menimbulkan ketegangan. Masalah jerebu yang melibatkan tiga negara di rantau Asia Tenggara ini perlu diselesaikan dengan semangat setia kawan. Negara-negara dalam rantau ini adalah berjiran dan memuliakan jiran merupakan satu tuntutan dalam Islam. Kesudian untuk bekerjasama juga merupakan satu usaha memuliakan jiran. Jika kita gagal bekerjasama dalam semangat serantau, maka bagaimanakah pula kita hendak bekerjasama dalam menangani permasalahan alam sekitar global misalnya masalah pemanasan dunia?

Penjelasan-penjelasan di atas hanya dapat difahami jika kita mahu berfikir atau bermuhasabah diri dalam menghadapi keadaan persekitaran yang tercemar kini. Apabila berlakunya sesuatu bencana seperti jerebu, kita boleh melihatnya dalam konteks hukuman Allah SWT terhadap manusia yang lalai. Ini mengingatkan kita tentang apa yang diceritakan di dalam surah al-Dukhan (ayat 9-16) tentang kaum Quraisy yang menentang serta memain-mainkan risalah yang dibawa Rasulullah SAW. Akibat kekufuran ini, kaum tersebut ditimpa bencana kemarau yang panjang sehingga mereka melihat asap antara langit dan bumi. Asap itu sungguh tebal hingga menyebabkan mereka tidak nampak rupa paras masing-masing apabila berbicara sesama sendiri. Dalam konteks ini, bencana asap itu merupakan satu hukuman terhadap sikap masyarakat Quraisy yang terus-terusan kufur kepada Allah SWT.

Dalam masa yang sama, bencana yang berlaku itu juga boleh dilihat dari sudut yang lain iaitu untuk menyedarkan dan membangkitkan manusia dari kealpaannya. Hakikatnya, manusia biasa seperti kita semua mudah lupa dan sering melakukan kesilapan. Oleh itu, kita perlu sentiasa diingatkan agar dapat kembali ke jalan yang benar. Oleh itu, perlulah kita berlapang dada menerima dugaan ini dan berusaha ke arah kebaikan.

Walau bagaimanapun, orang tua-tua berkata, apabila kita melakukan satu-satu kesilapan untuk kali pertama, maka itu dikatakan kelemahan diri. Namun, jika kesilapan yang sama diulang berkali-kali, maka itu tanda kebodohan diri. Jadi, jangan biarkan masalah jerebu berulang kembali kerana ini menunjukkan betapa kita berulang-ulang melakukan kesilapan yang sama. Apakah maksudnya di sini? Tepuk dada tanyalah selera!

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Jerebu: Bukan Sekadar Musibah Sebaliknya Tersembunyi Hikmah

Post  CikguPA on Sun Jul 21, 2013 1:16 pm


Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Utusan Malaysia


Serangan jerebu yang melanda Negara sejak tiga minggu lepas seolah-olah mengulangi kembali peristiwa jerebu pada tahun 1997 apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang dicatatkan adalah mencecah 750 dan jarak penglihatan yang tinggal adalah kira-kira 50 meter sahaja. Sebagaimana lazim, punca jerebu pada kali ini juga adalah akibat daripada kebakaran ladang dan hutan yang berlaku di negara jiran kita iaitu di Wilayah Riau, Indonesia. Pada kali ini, Singapura juga tidak terkecuali merasai bahang daripada jerebu yang tercetus.

Ancaman jerebu yang berlaku sedikit sebanyak telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia dan Singapura kerana sesak nafas dek terpaksa menyedut asap yang dibawa dari negara terbabit. Apatah lagi, akibat daripada jerebu yang telah dicetuskan, ia turut menjejaskan aktiviti seharian yang boleh merugikan kedua-dua negara yang terlibat. Lebih buruk lagi apabila masing-masing saling tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain. Keadaan ini pastinya boleh mengundang berlakunya ketegangan dalam hubungan dua hala antara negara-negara yang terlibat jika tiada langkah sewajarnya diambil untuk membolehkan masalah jerebu diselesaikan dengan baik.

Seharusnya dalam situasi yang berlaku ini, sikap suka menyalahkan antara satu sama lain perlu dielakkan sama sekali. Lebih-lebih lagi pabila ia melibatkan negara serumpun yang pastinya saling memerlukan antara satu sama lain dalam merencana perancangan pembangunan pada masa hadapan, serta melibatkan negara yang dihuni oleh rakyat yang majoritinya beragama Islam. Sebaliknya, setiap daripada kita perlu memandang musibah yang berlaku dari sudut positif iaitu sebagai ujian daripada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita belajar sesuatu bagi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Setidak-tidaknya dengan peringatan dan ujian Allah SWT, ia akan menyedarkan kita daripada terus lalai dan alpa dalam setiap tindak tanduk kita selaku khalifah di atas muka bumi.

Ia bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil, berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran" (Surah an-Nahl, 16: 90).

Sememangnya tidak dinafikan bahawa jerebu yang dialami begitu merimaskan rata-rata kita sehingga telah membantutkan segala percaturan aktiviti yang telah dirancang dan menjejaskan kesihatan segelintir kita. Namun demikian, sebagaimana yang dinukilkan di dalam ayat di atas, setiap musibah yang berlaku pasti mengandungi hikmah yang tersembunyi yang tidak kita sedari. Misalnya, dalam konteks jerebu yang sering rata-rata kita pandang dari sudut negatif sebenarnya terkandung banyak kebaikan yang tersirat disebaliknya.

Antaranya, sesekali apabila diuji dengan jerebu yang menyesakkan nafas, pastinya ia akan menerbitkan rasa syukur yang tidak terhingga dalam diri kita dengan nikmat udara bersih dan segar yang dihirup selama ini. Jika sepanjang kehidupan, kita hanya menyedut udara tanpa pernah memikirkan betapa nikmat udara merupakan anugerah terbesar dalam kehidupan kita, pastinya mulai saat ini kita akan lebih menghargai nikmat udara bersih yang kita kecapi. Apabila timbulnya kesedaran serta keinsafan mengenai perkara ini, pastinya ia dapat mendorong kita supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan tidak sewenang-wenangnya melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat yang boleh mencemarkan udara seperti pembakaran terbuka dan sebagainya.

Seterusnya, pelajaran yang boleh kita ambil daripada dugaan jerebu ini adalah untuk kita muhasabah diri dan merenung kembali setiap perlakuan kita terhadap alam sama ada ia baik atau pun buruk. Sesungguhnya, dalam setiap inci musibah yang berlaku pastinya sedikit sebanyak adalah bertitik tolak daripada kesilapan dan kealpaan kita sendiri. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (Surah ar-Rum, 30: 41).

Justeru, dalam situasi jerebu yang melanda, setiap negara yang terlibat seharusnya tidak beremosi menuding jari sesama sendiri. Sebaliknya, pendekatan yang lebih berhemah perlu diambil agar tidak memburukkan lagi keadaan. Umpamanya, perbincangan perlu dilakukan antara ketiga-tiga negara bagi memperoleh penyelesaian terbaik untuk menghentikan jerebu yang melanda dan mencari jalan
bagi mengelakkan perkara seumpama ini daripada berulang. Ini memandangkan, kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia bukanlah kali pertama. Malah, ia kerap kali berlaku sehingga negara jiran yang lain turut terkesan.

Dengan tercetusnya jerebu, setidak-tidaknya ia membuka ruang untuk setiap negara yang terlibat memikirkan perancangan teliti yang perlu dilaksanakan secara bersama bagi membendung permasalahan ini agar ia tidak menyerang lagi pada masa akan datang. Dalam aspek ini, jika kita memandang sesuatu musibah dari sudut positif, maka pengakhirannya juga akan jadi positif. Dalam erti kata lain, jika ketiga-tiga negara yang terlibat memandang serangan jerebu sebagai suatu ujian yang membuka peluang positif untuk mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri, maka pertikaian sama sekali tidak akan berlaku. Malahan, usaha secara bersama dan sikap saling bantu membantu dalam menangani masalah jerebu seperti usaha pembenihan awan dan sebagainya akan lebih merapatkan lagi hubungan sesama negara serumpun.

Dalam menghadapi serangan jerebu, ia merupakan ruang terbaik untuk masing-masing muhasabah diri bahawa kita hanyalah makhluk yang lemah dan tidak sempurna. Sebagai manusia biasa pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting, kita bersedia belajar daripada setiap kesilapan yang lepas untuk menjadi insan yang lebih baik. Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada ujian jerebu ini dari sudut yang positif yakni tersembunyi hikmah di sebaliknya agar kita mampu melakukan transformasi diri dengan lebih ikhlas. Sesungguhnya, terdapat kebaikan yang sering kita lupa dan abaikan di sebalik setiap musibah yang menimpa.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ada mengaitkan mengenai apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk bagi diri mereka. Manakala, apa yang mereka sangka buruk, maka baik bagi mereka sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "...dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya"(Surah al-Baqarah, 2: 216).

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 47
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Jerebu

Post  Sponsored content Today at 10:35 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum