PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

Go down

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh Empty Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Fri May 14, 2010 6:50 pm

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun membantah kelulusan lesen bertaruh Piala Dunia dan penganjuran sebuah konsert, di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini petang ini.

Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang cuba menghalang polis meleraikan perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Sedikit kekecohan berlaku apabila lelaki itu enggan menyerahkan pembesar suara yang dipegangnya tetapi polis berjaya meleraikan perhimpunan itu pada 2.30 petang.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Wilayah, Herman Samsudeen, ketika ditemui mendakwa pihaknya meminta tempoh lima minit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi secara aman namun tiba-tiba ia bertukar sebaliknya.

"Kami hanya berhimpun secara aman untuk melahirkan rasa tidak puashati terhadap kelulusan lesen judi dan konsert itu sahaja," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata polis tidak bertindak kasar sewaktu meleraikan perhimpunan itu.
Pihak berkuasa dilaporkan memperbaharui lesen bertaruh Piala Dunia kepada sebuah syarikat baru-baru ini bagi tujuan mengurangkan kegiatan pertaruhan secara gelap.

Perhimpunan itu juga membantah kelulusan pihak berkuasa untuk penganjuran sebuah konsert di ibu negara.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, sebelum ini dilapor mendakwa penganjur konsert diberi kebenaran mengadakan konsert dari 7 petang sehingga 7 pagi dan ini melanggar garis panduan persembahan sesebuah konsert. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum