PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas

3 posters

Go down

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas Empty Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas

Post  keat sin (U6A) Wed May 12, 2010 1:24 pm

PAPAR: Cuak dengan tangisan nyaring bayi yang memecah kesunyian dinihari, sekumpulan pelatih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, cuba mencari punca bunyi yang didengari kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Siasatan mereka kemudian membawa ke sebuah tandas di kem terbabit dan apabila pintunya dibuka, mereka menemui seorang rakan pelatih terbaring dengan tompokan darah bersama bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria, berkata pelatih berusia 18 tahun itu dipercayai melahirkan bayinya di dalam tandas berkenaan.

“Pemeriksaan latar belakangnya mendapati pelatih terbabit yang memasuki kem PLKN itu pada Mac lalu berasal dari Keningau dan bayi berkenaan adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya yang berusia 20 tahun yang berasal dari daerah sama.

“Pelatih berkenaan dan bayinya seberat 2.63 kilogram dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut serta keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Nik Zaidi berkata, PLKN termasuk jurulatihnya dipercayai tidak menyedari pelatih berkenaan mengandung sepanjang dua bulan menjalani latihan berikutan tiada sebarang perubahan fizikal pada tubuh pelatih terbabit.
Malah, timbul persoalan di kalangan pelatih lain bagaimanapun rakan pelatih mereka boleh lulus pemeriksaan kesihatan yang diadakan sebelum seseorang dibenarkan menyertai PLKN. Shocked

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas Empty Shahrizat bantah ujian kehamilan ke atas peserta PLKN

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed May 12, 2010 4:00 pm

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini berkata kementeriannya membantah ujian kehamilan dijalankan sebagai keperluan bagi semua pelatih wanita dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau berkata, ini kerana ia membabitkan isu privasi sebagai perkara dasar.

Sehubungan itu, beliau meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk menimbangkan semula cadangan kementerian bagi memperkenalkan modul kesihatan reproduktif dalam kurikulum PLKN.

Beliau menjelaskan mengikut undang-undang sedia ada, sebarang prosedur yang membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa.

"Saya amat bimbang dengan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Adalah malang jika wanita muda melahirkan anak di dalam situasi itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu bagi mengulas laporan berita hari ini bahawa seorang pelatih PLKN wanita berumur 18 tahun melahirkan anak di dalam tandas di Kem Ovai di Papar, Sabah.

Berikutan insiden itu, MLKN mencadangkan untuk mewajibkan ujian kehamilan bagi pelatih wanita pada masa akan datang.
Katanya, kementerian akan terus menyokong pandangan bahawa mendidik generasi muda mengenai reproduktif dan kesihatan sosial adalah penting bagi memberikan pengetahuan dalam hubungan yang sihat dan mengelak kehamilan remaja.

Katanya, cadangan untuk memperkenalkan modul itu pada mulanya dicadangkan pada 2008 dan diluluskan Kementerian Pertahanan. - Bernama

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas Empty Pelatih PLKN tidak tunjuk sebarang tanda kehamilan

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu May 13, 2010 12:10 pm

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kem Ovai, Papar, Sabah yang melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan semasa mengikuti program PLKN bermula 28 Mac lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mempunyai sebarang rekod perubatan di kem berkenaan malah tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal semasa menjalani latihan program ketika di Kem PLKN Ovai.

"Pihak Kem PLKN Ovai tidak menerima sebarang laporan bahawa pelatih berkenaan tidak sihat malah pelatih-pelatih lain juga tidak mencurigai dan mengetahui perubahan fizikalnya kerana beliau turut serta dalam kesemua aktiviti fizikal dan pembinaan karektor diri semasa latihan program PLKN.

"Alasan tersebut membuatkan pihak kami tidak dapat mengesan sehinggalah lahirnya bayi di kem berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Hadi berkata, pihaknya memandang serius soal pemeriksaan kesihatan pelatih ketika menjalani kesihatan.

"Bakal peserta PLKN diingatkan supaya mengisytiharkan status pelatih secara jujur, telus dan teliti agar perkara sedemikian tidak berulang malah mengganggu latihan PLKN.

"Kita boleh menangguhkan latihan programnya jika bakal pelatih PLKN sedang hamil dan akan diberi kes pengecualian jika melahirkan anak," katanya.
Dua hari lalu, seorang pelatih berasal dari Keningau, Sabah yang berusia 18 tahun melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut sebelum ditemui oleh pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan. - Bernama

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas Empty Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 5:28 pm

Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

Mengulas desakan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan rumah perlindungan untuk bayi terbuang, Shahrizat menjelaskan, kementeriannya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menurutnya, jika rumah perlindungan itu diwujudkan, ia seakan memberi isyarat negatif kepada masyarakat selain bimbang langkah tersebut akan disalah tafsir.

"Apa pun, jika ada berlaku 'sesuatu', ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh beritahu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengambil anak itu dan memastikan mereka selamat dan terbela kerana kita ada rumah kanak-kanak dan institusi tertentu.

"Sebagai kerajaan prihatin, kita juga membelanjakan jutaan ringgit untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat amal dalam perkara ini. Pergilah jumpa mereka untuk minta bantuan atau jumpa saja Ketua Wanita UMNO setiap cawangan dan mereka akan bantu melalui Skuad Sayang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat memberitahu, setakat ini sebanyak 12 kes pembuangan bayi diterima kementeriannya dengan separuh daripada bayi tersebut meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas Empty Re: Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum