PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 bakar tisu dalam tandas kapal terbang ditahan

Go down

2 bakar tisu dalam tandas kapal terbang ditahan Empty 2 bakar tisu dalam tandas kapal terbang ditahan

Post  ypeng(U6A/10) Sun Jan 31, 2010 1:53 pm

BEIJING: Polis China menahan dua orang selepas penerbangan domestik dari kawasan bergolak Xinjiang terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang membakar tisu tandas di dalam bilik air, lapor media kerajaan semalam.

Agensi berita Xinhua berkata, penerbangan China Southern sedang menuju ke bandar raya Wuhan ketika kejadian itu berlaku.

“Anggota krew dalam penerbangan CZ6939 mengesan tingkah laku penumpang terbabit tidak lama selepas pesawat berkenaan berlepas,” kata Xinhua, memetik sumber polis.

“Dua penumpang, seorang lelaki dan seorang wanita, dibawa polis selepas penerbangan itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwobao di Urumqi,” katanya.

“Kes itu sedang disiasat,” kata Xinhua.

Pada Mac 2008, pegawai China berkata, mereka berjaya menghalang cubaan seorang wanita etnik Uighur untuk menjatuhkan pesawat dari Xinjiang.

Menurut sumber, wanita itu cuba membakar cecair mudah terbakar yang diseludup dalam bekas minuman di dalam bilik air pesawat. - Reuters

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum