PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN

2 posters

Go down

Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN Empty Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN

Post  Lim Wai Mun U6b Sun May 29, 2011 5:00 pm

KOTA BHARU 28 Mei – Polis akan memanggil ahli keluarga kepada pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan kerana menyembunyikan kelahiran di asrama PLKN Cancun Park, Pasir Mas dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, selain itu, pihaknya akan mendapatkan pasangan remaja berusia 18 tahun itu yang berasal dari Tanah Merah tersebut untuk membantu siasatan.

Katanya, remaja itu kini ditahan reman seminggu sehingga 2 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan mendapati, dia baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum dipanggil menyertai PLKN dan mendaftar pada 15 Mei lalu di kem tersebut.

“Buat masa sekarang, dia ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) untuk rawatan lanjut,” katanya sesudah melepaskan peserta Larian Komuniti Kepolisan : Polis Bersama Masyarakat Peringkat Kontinjen Kelantan 2011 di sini, hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua murid mesti melalui pemeriksaan tubuh badan sebelum masuk kem PLKN. Adakah murid itu tahu dia sudah mengandung ?
Melalui perkara ini , saya berasa golongan remaja sekarang semakin tidak bertanggungjawab dan mengabaikan nyawa orang begitu sahaja kerana mereka berasa semua perkara boleh ' dinanam ' jika menyembunyinya dari orang lain.

Lim Wai Mun U6b

Posts : 9
Join date : 2011-05-21
Age : 30

Back to top Go down

Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN Empty Re: Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN

Post  Lixin Lim [U6B] Mon May 30, 2011 7:18 pm

Pada pengetahuan saya,saya tidak tahu bahawa semua pelatih mesti melalui pemeriksaan tubuh badan sebelum masuk kem PLKN kerana saya tidak kena dalam penyertaan program ini.Tetapi,kes ini memaparkan keburukan seseorang tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan.Lebih serius lagi pelatih perempuan tidak memberitahu ahli keluarganya malah menyertai program yang akan menjalankan banyak aktiviti,memang BAHAYA!! Walau bagaimanapun,saya berasa dia patutlah memberitahu kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan masalah bukanlah terus untuk menyembunyikan lagi.

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum