PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Buang bayi tindakan kejam

2 posters

Go down

Buang bayi tindakan kejam Empty Buang bayi tindakan kejam

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:07 pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita, kita boleh jaga. Tolong jangan buat macam ini. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak.

“Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan, Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi,” katanya.

Ketua Wanita UMNO itu memberitahu pergerakan itu dan NGO mempunyai kaunselor yang boleh membantu mereka yang bermasalah.

“Banyak orang nak bantu, kalau tak mampu bawa ke hospital atau balai polis. Saya percaya hospital akan terima,” tegasnya.

Apa yang penting bagi Shahrizat, perbuatan kejam dan tidak bertanggungjawab seperti membuang bayi tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Mengulas mengenai NIEW, Shahrizat berkata, pertubuhan itu akan menjadi penggerak kepada wanita di negara ini dan seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan dalam isu-isu wanita.

Katanya, NIEW juga diyakini dapat meningkatkan imej wanita terutama di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala hal.

“Kadang-kadang imej negatif terhadap wanita menjadi masalah kerana persepsi yang tidak dapat dihakis. Jadi NIEW perlu berusaha gigih untuk meningkatkan martabat wanita,” katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Buang bayi tindakan kejam Empty Bendung gejala buang bayi

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:14 pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sedih dengan gejala buang bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, mahu masalah ini dibendung segera.

Beliau berharap perbuatan zalim itu tidak akan berulang lagi.

"Perbuatan itu dilakukan oleh ibu yang tidak mahu membela bayi sendiri.

"Bayi juga inginkan kasih sayang dan mahu hidup dengan sempurna di dunia ini dan bukannya dibuang sesuka hati tanpa ada perasaan belas kasihan,'' katanya ketika ditemui di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta di sini hari ini.

Beliau sebelum itu berjumpa murid pintar piano, Tengku Ahmad Irfan Tengku Shariman, 11, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Petaling di sini. Murid itu akan menyertai bahagian muzik orkestra kanak-kanak Istana Budaya (IB).

Rosmah yang diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai penemuan mayat bayi di tepi pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka, menasihati belia perempuan supaya jangan bertindak secara melulu.

Mengenai Tengku Ahmad Irfan katanya, kanak-kanak itu mempunyai bakat luar biasa sebagai pemain piano sejak mempelajarinya pada usia 7 tahun dan telah berjaya mencapai Gred 8 dengan kepujian.

Beliau berkata, Tengku Ahmad Irfan ialah antara 31 kanak-kanak berusia dari 9 hingga 15 tahun yang dipilih untuk membuat persembahan dalam konsert orkestra kanak-kanak di IB selewat-lewatnya November depan.

Rosmah berkata, bakat Tengku Ahmad Irfan yang juga cemerlang dalam bidang akademik akan diketengahkan supaya tidak disia-siakan begitu sahaja.

''Negara mempunyai kanak-kanak berbakat luar biasa di dalam bidang muzik dan bakat ini akan terus digilap sehingga mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa,'' katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Buang bayi tindakan kejam Empty Wujudkan rumah perlindungan beroperasi 24 jam

Post  keat sin (U6A) Fri Feb 12, 2010 1:20 pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Wujudkan rumah-rumah perlindungan yang beroperasi 24 jam bagi menangani masalah sosial terutama kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi!

Pengerusi Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail menyarankan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama merealisasikan cadangan itu.

Beliau yakin langkah itu akan dapat membantu masyarakat terutama golongan wanita yang mungkin tidak tahu di mana mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan masalah peribadi seperti mengandung anak luar nikah.

“Apabila mereka ini tidak tahu tempat mana boleh pergi maka tindakan akan menjadi terdesak. Maka mereka mengambil jalan singkat membuang bayi di mana yang sempat.

“Sekiranya mereka tahu ada rumah perlindungan yang dibuka sepanjang hari, mungkin masalah ini boleh berkurangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes-kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Zaleha berkata, kebanyakan wanita yang mengandung anak luar nikah enggan mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan lebih selesa dengan NGO.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu membantu NGO-NGO yang menguruskan rumah perlindungan wanita terutama dalam soal peruntukan.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab membuang bayi itu berkata, terdapat banyak saluran yang boleh digunakan mereka bermasalah untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, sesiapa juga yang tidak mahu memiliki bayi atau anak-anak kecil tidak perlu bertindak kejam sehingga membunuh mereka yang tidak berdosa.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan kes pembuangan bayi perlu dikenakan hukuman setimpal.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Buang bayi tindakan kejam Empty Re: Buang bayi tindakan kejam

Post  lisee(U6A) Fri Feb 12, 2010 2:00 pm

Anak bayi adalah tidak berdosa.Mereka bukanlah sampah atau alat permainan manusia.Mereka mempunyai nyawa dan juga mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.

Pada pendapat saya,masalah ini banyak berlaku pada orang muda.Biasanya,mereka telah mengandung pada usia yang masih muda lagi.Mereka bimbang perkara ini diketahui oleh orang lain .Selain itu,penjagaan anak adalah tanggungjawab dan tugas ibu bapa seumur hidup.Sesetengah remaja rasa tidak mampu untuk menjaga bayi itu, atau juga mereka rasa diri masih ada masa depan yang sangat cerah lagi dan tidak ingin mengguna masa itu untuk menjaga bayi mereka.Oleh itu,masalah pembuangan bayi telah berlaku.Ini adalah pembuatan yang begitu kejam dan tidak bertanggungjawab.Saya harap masalah ini dapat ditangani dan tidak akan berlaku lagi.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Buang bayi tindakan kejam Empty Re: Buang bayi tindakan kejam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum