PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KPN minta IPD tubuh pasukan khas jika ada kes buang bayi

Go down

KPN minta IPD tubuh pasukan khas jika ada kes buang bayi Empty KPN minta IPD tubuh pasukan khas jika ada kes buang bayi

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Mar 28, 2010 1:26 am

KPN minta IPD tubuh pasukan khas jika ada kes buang bayi

2010/03/27

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini meminta ibu pejabat polis daerah (IPD) menubuhkan pasukan khas jika berlakunya kejadian pembuangan bayi bagi mengesan segera individu yang terbabit.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya komited dan serius dalam menangani kes pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Bukit Aman di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau memuji langkah IPD Petaling Jaya yang menubuhkan pasukan petugas hari ini bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, semalam. Musa turut menyelar perbuatan pihak yang sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

"Perbuatan ini sama macam pada zaman jahiliah...sebab pada zaman itu mereka bunuh anak dan kes pembuangan bayi sekarang ini sama macam zaman jahiliah.

"Jika suspek dapat ditangkap kita akan kenakan hukuman yang berat terhadapnya. Mereka ini boleh didakwa atas hukuman membunuh," katanya.

Individu yang membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran boleh dihukum mengikut Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan manakala membunuh bayi boleh dihukum mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan.

Namun dalam membendung kes pembuangan bayi, Musa menasihatkan orang ramai supaya jangan mencaci dan mengeji wanita yang terlanjur dan mengandungkan anak luar nikah.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum