PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pembunuh kejam diburu

Go down

Pembunuh kejam diburu Empty Pembunuh kejam diburu

Post  ypeng(U6A/10) Sun Jun 13, 2010 8:31 am

KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis masih menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam satu pasangan yang dipercayai suami isteri di tempat letak kereta di Kondominium Bam Villa di Taman Maluri di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada premis itu untuk mengesan suspek.

Katanya, setakat ini, tiada tangkapan dibuat pihaknya ke atas mana-mana individu.

Beliau memberitahu, selain meneliti CCTV, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mencari motif pembunuhan itu.

"Polis belum menahan mana-mana individu kerana siasatan mengenai kes ini masih di peringkat awal.

"Setakat ini, kita sedang mengkaji CCTV yang terdapat di tempat kejadian bagi mencari petunjuk identiti dua orang suspek yang dilihat dalam rakaman itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Awal pagi semalam, pasangan terbabit mati setelah ditembak beberapa das di kepala ketika berada dalam kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi, mangsa, K.C. Wong, 52, dan Leong Yan Chen, 34, dikatakan baru pulang dari bekerja menaiki kenderaan jenis Honda CRV sebelum dihampiri dua lelaki.

Suspek kemudian melepaskan kira-kira 13 das tembakan ke arah kedua-dua mangsa dari jarak dekat.

Tambah Abdul Rahim, berdasarkan hasil bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan kedua-dua pasangan itu mengalami kecederaan teruk di kepala akibat tembakan bertubi-tubi.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di nombor 03-21159999.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum