PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lepas tembakan berkas geng samun, ragut

Go down

Lepas tembakan berkas geng samun, ragut Empty Lepas tembakan berkas geng samun, ragut

Post  HanXin (U6A/10) Sat Apr 03, 2010 2:56 pm

KOTA BHARU 2 April - Tiga lelaki dipercayai anggota geng samun dan ragut berjaya diberkas selepas mereka bertindak ganas cuba merempuh anggota polis di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta suspek yang paling dikehendaki itu sebelum memberkas mereka.

Sebelum ditahan, kenderaan dinaiki suspek yang berusia lingkungan 20-an, merempuh dua buah kereta dan sebuah motosikal polis yang cuba untuk menghalang mereka daripada melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim bagaimanapun berkata, seorang daripada rakan ahli geng itu berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Ariffin.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kita berjaya mengesan kedudukan suspek di sebuah warung di kawasan berkenaan sebelum membuat serbuan.

"Salah seorang daripada suspek berada dalam warung terbabit untuk membeli air, manakala tiga rakannya berada dalam kereta jenis Proton Gen.2.

"Menyedari kehadiran polis, suspek yang berada dalam warung itu berjaya melarikan diri, sementara tiga rakannya cuba memecut kereta yang dinaiki sehingga merempuh kenderaan polis. Ia hampir menyebabkan beberapa anggota di dalamnya mengalami kecederaan," katanya di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata, ekoran itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta itu sehingga ia tidak boleh bergerak.

Katanya, biarpun tidak dapat bergerak, ketiga-tiga pemuda itu enggan menyerah diri sehingga memaksa polis memecahkan cermin kereta.

"Sebaik sahaja menahan ketiga-tiga suspek yang berasal dari Kampung Cherang dan Kubang Kerian itu polis turut melakukan pemeriksaan di dalam kereta terbabit.

"Hasilnya, kami menemui dadah jenis pil kuda dan heroin, sebilah pisau, sebuah telefon bimbit dan satu set alat permainan elektronik (PSP).

"Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit positif mengambil dadah jenis pil kuda," katanya.

Katanya, polis sudah mengenalpasti identiti seorang suspek yang berjaya melarikan diri dan gerakan memburunya sedang dilakukan.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum