PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar hilang lepas solat Subuh

Go down

Pelajar hilang lepas solat Subuh Empty Pelajar hilang lepas solat Subuh

Post  NgKhaiLi (L6A/12) Tue Jul 17, 2012 1:14 pm

Kuantan: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua Maahad Tahfiz Pahang di Tanjung Lumpur, di sini, dilaporkan hilang selepas selesai menunaikan solat Subuh, kelmarin.

Kehilangan Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, dari Tanah Putih, Pekan yang juga anak pegawai kanan Jabatan Pelajaran negeri disedari rakan sebiliknya kira-kira jam 6.30 pagi. Kejadian itu menimbulkan tanda tanya berikutan pakaian dan barangannya termasuk dompet masih berada di bilik, tetapi tiada kad ATM dan wang dalam dompet berkenaan, malah sepasang kasut yang sering dipakai gadis itu juga tidak kelihatan.
Seluruh kawasan dan bangunan sekolah kemudian diperiksa, namun gagal menemui pelajar terbabit sebelum pengurusan sekolah menggunakan khidmat seorang pengamal perubatan Islam yang kemudian memaklumkan kemungkinan Zuhairatul disembunyikan makhluk halus.

Difahamkan, rakan sebilik mangsa sebelum itu melihat gadis berkenaan seperti dalam keadaan resah dan gelisah, tetapi tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sebelum mereka ke surau untuk solat Subuh.

Sementara itu, Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali, mengesahkan kehilangan Zuhairatul dan satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

"Kita juga sudah memaklumkan ibu bapa pelajar berkenaan,” katanya sambil menambah Zuhairatul tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang belajar di sekolah berkenaan, malah prestasi akademiknya cukup memberangsangkan.
Katanya, mereka juga mengambil inisiatif mengedar gambar gadis itu di sekitar kawasan berhampiran, meminta bantuan orang ramai menghubungi ibu bapa Zuhairatul atau polis jika melihat atau menjumpainya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani, ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dilakukan, manakala bapa Zuhairatul, Zulkifli Soh, 57, pula enggan ditemubual.

Pelajar perlulah sentiasa berhati-hati dan tidak bersendirian semasa pergi ke mana-mana tempat supaya keselamatan diri dapat dijamin.

NgKhaiLi (L6A/12)

Posts : 8
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum