PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis Ampang Jaya buru Geng Ninja

2 posters

Go down

Polis Ampang Jaya buru Geng Ninja Empty Polis Ampang Jaya buru Geng Ninja

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sat May 15, 2010 5:10 pm

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu Geng Ninja yang dipercayai didalangi lima lelaki dan dua wanita yang aktif menyamun di awal pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata kumpulan berkenaan yang terbabit dalam enam kes samun di sekitar Ampang, dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini.

"Berdasarkan maklumat dari mangsa, mereka akan menggunakan topeng dan baju berwarna hitam untuk menyamun mangsa ketika sedang tidur.

"Berdasarkan maklumat dari mangsa, mereka akan menggunakan topeng dan baju berwarna hitam untuk menyamun mangsa ketika sedang tidur.
"Mereka akan memecah masuk, mengikat mangsa dan melarikan pelbagai barangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini semasa melawat anggota polis yang cedera dalam kemalangan tahun lalu.

Beliau berkata, polis percaya dua dari tujuh orang anggota kumpulan itu adalah wanita berdasarkan cara berjalan dan percakapan mereka ketika sedang menyamun.

Jalil berkata, polis masih mengesan identiti anggota kumpulan berkenaan yang gemar menyamun di kawasan perumahan golongan elit di sekitar Ampang.

Katanya, dalam kejadian terbaru kelmarin, lima orang daripada sebuah keluarga kerugian hampir RM7,000 setelah disamun ketika sedang tidur di rumah mereka di Dagang Avenue.
Anggota polis yang dilawati itu ialah Koperal Khalid Che Rus, 49 dari Balai Polis Ampang yang baru sedar dari koma setelah terbabit dalam kemalangan pada 29 April tahun lalu.

Beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki motosikal apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan.

Turut melawat Khalid di rumahnya ialah Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Polis Ampang Jaya buru Geng Ninja Empty Re: Polis Ampang Jaya buru Geng Ninja

Post  HsianMin (U6B/2010) Sat May 15, 2010 5:31 pm

Masyarakat pada hari ini memang dahsyat. Bagi mengelakkan kita menjadi salah satu mangsa, kita harus menguncikan rumah kita dengan ketat. Rondaan polis di kawasan hitam harus dikuatkuasakan. Hukuman yang berat harus dikenakan terhadap penyamun. Mangsa tidak harus bertentang keras dengan penyamun bagi menjamin keselamatan diri. Mangsa harus membuat laporan polis dengan serta-merta selepas penyamun itu beredar. Mengalami kerugian material lebih baik daripada kehilangan nyawa! Ingatilah keluarga anda yang disayangi!

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum