PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika

4 posters

Go down

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika Empty Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika

Post  ypeng(U6A/10) Thu May 13, 2010 2:04 pm

Penyerang nekad bunuh diri turut cederakan 20 mangsa

BEIJING: Seorang lelaki menetak hingga mati tujuh kanak-kanak, bersama seorang guru dan seorang dewasa lain mencederakan 20 lagi dalam kejadian amuk di sebuah sekolah tadika di barat laut China semalam, kejadian terbaru serangan maut ke atas sekolah di negara itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di sebuah sekolah tadika di Nanzheng, Hanzhong. Ia bagaimanapun tidak menyatakan usia kanak-kanak atau penyerang mereka.
Pengarah jabatan propaganda Hanzhong, Liu Xiaoming mengesahkan tujuh kanak-kanak, seorang guru dan seorang dewasa lagi terbunuh, manakala 20 yang lain cedera.

“Penyerang terbabit membunuh diri selepas kejadian itu,” katanya yang menambah, beliau tidak mempunyai maklumat lain.

Wartawan tempatan yang menghubungi seorang penduduk berhampiran lokasi kejadian diberitahu orang ramai berhimpun di luar tadika itu tetapi maklumat yang diterima tidak begitu jelas.

Penduduk berkenaan berkata penyerang adalah orang tempatan dikenali sebagai Wu, berusia 40-an yang mempunyai rumah berhampiran dengan tadika terbabit.
“Saya nampak Wu sebelum kejadian dan dia kelihatan biasa saja,” kata penduduk itu yang hanya dikenali sebagai Li.

Serangan ini adalah insiden besar kelima membabitkan sekolah dan tadika sejak akhir Mac lalu yang menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa, pegawai kerajaan dan pendidik.

Satu kenyataan yang dikirim laman web rasmi kerajaan tempatan menyatakan, hampir 2,000 pegawai polis dan pengawal keselamatan dikerah memantau sekolah awam, tadika dan kawasan sekitar sejak minggu lalu.

Pakar sosiologi berkata serangan itu menunjukkan kurangnya sokongan kepada pesakit mental dan peningkatan tekanan berpunca daripada jurang sosial yang amat ketara di kalangan masyarakat China yang sedang berkembang maju.

Masalah seperti ini sering kali diabaikan dalam laporan media kerajaan, sebaliknya tumpuan diberikan kepada peningkatan keselamatan, menangani kebimbangan umum dan kemungkinan bantahan masyarakat setempat.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika Empty Re: Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 7:03 pm

Saya berpendapat bahawa bimbingan kaunseling harus diberikan kepada para pesakit mental bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, lebih banyak bantuan kewangan harus diberikan kepada penduduk yang berpendapatan rendah oleh pihak kerajaan. Jurang sosial juga perlu dikurangkan dengan menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada para penduduk. Pihak berkuasa harus sentiasa meninjau masalah penduduk dan berusaha menyelesaikannya. Sistem keselamatan di sekolah mesti diperbaikkan supaya kes dahsyat ini boleh dielakkan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika Empty Tempoh sewa tamat punca lelaki mengamuk

Post  HsianMin (U6B/2010) Fri May 14, 2010 6:26 pm

NANZHENG: Lelaki yang menetak hingga mati tujuh murid tadika dan dua orang dewasa di barat laut China, dalam keganasan terbaru ke atas murid sekolah di negara itu, dikatakan mengamuk selepas bertengkar mengenai penyewaan pusat asuhan prasekolah itu, lapor jiran dan media.

Penduduk kampung di Nanzheng, wilayah Shaanxi melaporkan, mereka menyaksikan pertengkaran yang berlaku antara penyerang, Wu Huanming, 48, dan Wu Hongying, 50, wanita yang mengendalikan sekolah tadika tempat serangan berlaku.

Huanming adalah pemilik bangunan dua tingkat yang dipagar dengan batu-bata, mahu sekolah tadika itu dikosong apabila kontrak penyewaan tamat April lalu, bagaimanapun Wu Hongying mahu sekolah itu terus dibuka hingga musim panas.

Seorang penduduk, Li Yufen berkata Huanming berlari pulang ke rumahnya dan mengambil parang manakala orang ramai yang melihat terlalu takut untuk menghalangnya.

“Saya melihat dia membawa sebilah parang di tangan kanan. Saya berlari keluar dan mendengar jeritan di mana-mana.

“Beberapa wanita keluar tetapi mereka tidak ramai. Saya terpaksa lari ke dalam rumah.

“Pembunuh lalu di depan saya sambil memandang sekilas tetapi terus berjalan. Saya menutup pintu dan menyembunyikan diri,” katanya.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Huanming menetak hingga mati lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Dia turut membunuh Hongying dan ibu wanita itu yang berusia 80 tahun, sebelum kembali ke rumahnya dan membunuh diri.

Seorang anggota keluarga Huanming, Wu Huangcheng memberitahu, dia menunjukkan tanda menghadapi masalah mental.

“Dia memang sakit sejak beberapa lama. Dia selalu cakap merapu, berkelakuan pelik dan menunjukkan tanda menghidap penyakit mental,” katanya. – Reuters

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika Empty Re: Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika

Post  Khang Wei (U6B/2010) Fri May 14, 2010 8:28 pm

Kejadian yang sedih ini merupakan kemalangan yang tidak diingini. Malang tidak berbau, sila menyayangi setiap orang di sisi kamu. (out of topic
Very Happy )
Saya berasa amat simpati dengan mangsa-mangsa yang tidak berdosa itu. China merupakan negara yang mempunyai penduduk yang paling banyak di dunia (1.3billion). Oleh itu, kos yang amat besar harus digunakan untuk memajukan setiap bandar. Namun, negara yang besar masih terdapatnya jurang sosial yang besar antara kawasan kampung dengan kawasan bandar. Pada pendapat saya, Negara China haruslah mengikhtiarkan langkah-langkah yang wajar untuk menyelesaikan tersebut. Kerajaan China boleh menggubal dasar atau polisi bertujuan untuk menolong orang kampung yang memerlukan pertolongan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika Empty Re: Lelaki amuk tetak tujuh murid, guru sekolah tadika

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum