PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang

Go down

Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang Empty Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 16, 2010 8:36 am

KUANTAN: Ganjaran kewangan antara RM900 hingga RM7,500 akan diberi sebagai insentif kepada pengetua, guru besar dan guru bagi sekolah yang mencatat prestasi cemerlang dan mencapai indeks petunjuk utama (KPI) Kementerian Pelajaran mulai tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, berkata 25,289 guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan kategori DGA32, DGA34, DGA44, DGA48, DGA52 dan DGA54 akan menikmati kenaikan pangkat. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini, sebentar tadi.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang Empty Lebih 100,000 mohon jawatan guru

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 16, 2010 8:41 am

KUANTAN 15 Mei - Profesion perguruan dianggap antara kerjaya paling popular apabila Kementerian Pelajaran menerima lebih 100,000 permohonan kemasukan ke maktab-maktab perguruan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom bagaimanapun berkata, maktab-maktab perguruan sedia ada hanya mampu menampung kemasukan kira-kira 4,000 penuntut.

Katanya, kewujudan 27 institusi pendidikan dan universiti awam yang berupaya melahirkan guru berkualiti juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru yang mungkin berlaku di sesuatu tempat atau sekolah dengan kadar segera.

"Profesion guru memang cukup popular, lebih 100,000 orang memohon untuk memasuki maktab perguruan yang hanya boleh diisi lebih kurang 4,000 orang.

"Jadi, dari segi pemilihan bakal guru yang berkualiti tiada masalah, kita banyak pilihan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Festival Hari Guru 2010 peringkat kebangsaan yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, bagi melahirkan pendidik berkualiti, setiap bakal guru perlu melalui tiga tapisan iaitu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak kurang 2.75, lulus ujian bertulis dan temuduga.

"Jadi, kita akan mendapat guru yang berkualiti," katanya.

Mengenai penempatan di pedalaman, Alimuddin menjelaskan, masalah itu tidak timbul kerana setiap guru yang ditempatkan di kawasan itu diberi elaun sebanyak RM1,500.

Bagaimanapun katanya, pihak kementerian sentiasa memberi pertimbangan kepada guru yang memohon untuk dipindahkan atas faktor-faktor tertentu seperti kesihatan.

Mengenai masalah kekurangan guru di Pahang seperti dilaporkan baru-baru ini, beliau menjelaskan, perkara tersebut telah diatasi sepenuhnya.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang Empty 25,289 pegawai pendidikan siswazah, diploma naik pangkat

Post  HsianMin (U6B/2010) Mon May 17, 2010 3:49 pm

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 25,289 kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau Bukan Siswazah (PPPLD) sehingga April lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif itu diambil Kementerian Pelajaran bagi menyediakan laluan kerjaya lebih baik untuk guru. “Daripada jumlah itu, 15,320 jawatan PPPS, manakala 9,969 jawatan lagi bagi PPPLD. Pecahan kenaikan pangkat ini membabitkan tiga kategori iaitu time-based, guru cemerlang dan kenaikan pangkat secara hakiki bagi kategori DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54," katanya. Beliau berkata demikian pada pelancaran sambutan Hari Guru 2010 peringkat Kebangsaan Ke-39 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan lebih 20,000 guru termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal-ehwal murid (PK HEM) akan menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain sempena sambutan Hari Guru.

Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu juga merangkumi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

“LKPPP juga meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS,” katanya.
Beliau berkata, bagi mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bersetuju urusan kenaikan pangkat secara time-based Gred DG44 dan DG48 bagi PPPS dilaksanakan Kementerian Pelajaran.

Katanya, sejajar matlamat kementerian meningkatkan kualiti guru, PPPS yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat akan ditetapkan kementerian.

“Pelaksanaan kenaikan gred bagi pemegang ijazah Doktor Fasafah akan dilaksanakan tahun ini.

“Saya berharap proses kenaikan pangkat dan pengesahan pemangkuan bagi mereka yang memenuhi syarat diurus segera,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut meluangkan kira-kira sejam mengunjungi Festival Hari Guru di pusat beli-belah East Coast Mall, di sini dengan melawat tapak pameran dan jualan serta beramah mesra dengan pengunjung.

Festival kali kedua itu dianjurkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh festival termasuk pameran Hari Guru, jualan dan demonstrasi produk, permainan berasaskan pendidikan serta jualan buku.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang Empty Re: Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum