PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran

Go down

Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran Empty Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran

Post  ypeng(U6A/10) Wed Apr 28, 2010 3:22 pm

KUALA LUMPUR 28 April - Program Pensiswazahan Guru-guru Sekolah Rendah (PGSR) yang dimulakan pada tahun 2008 gagal mencapai sasaran kementerian yang mahu sekurang-kurangnya 50 peratus guru yang menyertai program itu berjaya disiswazahkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, daripada 3,554 guru yang diambil bagi kumpulan pertama untuk program itu, hanya 28.7 peratus sahaja yang berjaya disiswazahkan.

"Faktor kewangan dilihat menjadi punca utama mengapa program ini tidak berjaya mencapai sasaran,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ng Fook Heng di Dewan Negara di sini hari ini.

"Sebagai contoh untuk pengambilan pada 2009, pihak kementerian mensasarkan untuk mengambil kira-kira 3,000 guru bagi program ini, tapi peruntukan yang ada hanya mampu untuk tanggung kos bagi 600 orang guru sahaja,” tambahnya.

Fook Heng dalam soalannya bertanya, adakah PGSR akan diteruskan disebabkan berlakunya kekangan dari segi kos dan berapa kos yang perlu ditanggung oleh Kementerian Pelajaran bagi mensiswazahkan setiap guru dalam program tersebut.

Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama, dan menerusi Ijazah yang diperolehi mereka dibolehkan memohon kenaikan pangkat ke DG 41 dan dilantik ke jawatan lebih tinggi.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum