PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Murid tadika mati dalam van

Go down

Murid tadika mati dalam van Empty Murid tadika mati dalam van

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 09, 2010 1:49 pm

KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia selepas dia berada hampir tiga jam di dalam van sekolah yang dinaikinya, semalam.

Alyah Zainal Abidin, dikatakan tidak turun dari van bersama rakan yang lain sebaik tiba di sekolahnya iaitu sebuah tadika di sini, kira-kira jam 7.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata guru dan rakan kanak-kanak terbabit juga tidak menyedari Alyah tidak turun daripada van apabila sampai di sekolah, sebelum dijumpai oleh pemandu van berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

“Pemandu van berkenaan menemui kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan pengsan di dalam kenderaan berkenaan selepas tamat waktu persekolahan sebelum membawanya ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kerana mempunyai masalah ginjal dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum