PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis sahkan wanita dalam kereta mati dipukul

Go down

Polis sahkan wanita dalam kereta mati dipukul Empty Polis sahkan wanita dalam kereta mati dipukul

Post  ypeng(U6A/10) Mon May 03, 2010 2:06 pm

KUALA LUMPUR 3 Mei - Mayat seorang wanita yang ditemui dalam kereta kekasihnya di Nilai, Negeri Sembilan semalam, disahkan akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata mangsa dipercayai dibunuh kurang dari tempoh 24 jam dan terdapat kesan lebam di bahagian leher wanita tersebut.

"Siasatan awal mendapati kematiannya berpunca dari kecederaan saraf pada lehernya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan kematian mangsa disebabkan cemburu.

Identiti wanita berumur lingkungan 20an itu belum dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan dijumpai pada mayat mangsa.

Polis sedang berusaha mengenalpasti identitinya daripada teman lelakinya, 35, yang ditahan reman selama seminggu hingga 8 Mei.

Dalam kejadian pada 10 malam itu, kereta peronda polis mengekori sebuah kereta Kancil yang dipandu oleh suspek dalam keadaan mencurigakan dari Bangi sehingga ke Nilai Spring di Negeri Sembilan.

Siasatan ke atas kereta itu mendapati mayat seorang wanita berbaring di tempat duduk sebelah pemandu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum