PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengawal keselamatan mati dipukul: RM1,200 gaji pertamanya l

Go down

Pengawal keselamatan mati dipukul: RM1,200 gaji pertamanya l Empty Pengawal keselamatan mati dipukul: RM1,200 gaji pertamanya l

Post  ypeng(U6A/10) Mon May 10, 2010 12:43 pm

SHAH ALAM 9 Mei - Gaji pertama bertugas sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,200 baru semalam diterimanya.

Namun, malang menimpa seorang lelaki berusia 29 tahun apabila dia ditemui mati berlumuran darah dengan kepala dan mukanya cedera di rumah sewanya di Jalan Pegaga U12/5, Seksyen U12 di sini hari ini.

Mayat Mohd. Zambrizal Mohd. yang berasal dari Sandakan, Sabah ditemui terbaring di ruang tamu rumah oleh penyelia tempat kerjanya yang datang untuk mencari rakan serumah mangsa kira-kira pukul 10 pagi ini.

Difahamkan, mangsa mendapat gaji pertama berjumlah RM1,200 yang dibayar secara tunai daripada majikannya semasa masuk bertugas malam tadi.

Bagaimanapun, ketika mayatnya ditemui, dompet bersama wang gaji mangsa lesap.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal pihaknya percaya mangsa yang bekerja syif malam dan habis bertugas pukul 8 pagi ini, dibunuh di rumahnya antara pukul 8.30 pagi hingga 10 pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya mangsa yang tinggal di rumah sewa disediakan majikannya bersama empat lagi rakan sekerja dibunuh oleh orang yang dikenalinya.

"Ketika ditemui, mangsa hanya berseluar panjang. Bahagian kepala dan mukanya pecah berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.

"Polis menemui sebatang besi panjang yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika kejadian, tiga rakan serumah mangsa berada di tempat kerja mereka di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang dekat sini dan seorang lagi yang dicari penyelianya pagi ini kerana tidak masuk bertugas masih gagal dikesan sehingga kini.

Ujarnya, berdasarkan maklumat, mangsa telah tujuh tahun bekerja di Semenanjung dan sebelum ini bekerja sebagai penjaga sebuah kelab malam.

Tambahnya, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di sini dan gerakan mengesan seorang rakan serumahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedang digiat dijalankan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum