PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 suspek serang Tadika ditahan

Go down

3 suspek serang Tadika ditahan Empty 3 suspek serang Tadika ditahan

Post  HanXin (U6A/10) Sun Mar 14, 2010 9:56 am

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit menceroboh masuk dan menyerang murid dengan penukul besi di Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Sinario, Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, Muar, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 29 tahun terbabit ditahan di sekitar Muar pagi semalam dan mereka kini sedang disiasat. “Siasatan ditumpukan kepada motif sebenar serangan itu dan kami percaya seorang daripada tiga lelaki terbabit adalah penyerang berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Pos Polis Komuniti di Taman Bestari Indah, di sini semalam. Hadir sama, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Eksekutif Wilayah Pembangunan Iskandar, Ismail Ibrahim.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membuat pengecaman tiga lelaki terbabit dan menasihatkan masyarakat agar tidak membuat spekulasi mengenai keadaan mental penyerang.

“Kita tidak tahu penyerang gila atau tidak dan mahu tahu apa motif sebenarnya. Kerana itu kita tidak mahu ada yang membuat spekulasi mengenainya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu, Nur Nadhrah Nabila Mohd Yusri, 6, dan Alex Tan Kar Eik, 6, cedera apabila tempurung kepala mereka retak akibat diketuk dengan penukul besi, manakala Vincent Tey Hui Seng,6, cedera di kepala.
Pengetua wanita tadika berkenaan, Voon Siew Kiun, 45, yang cuba menghalang perbuatan lelaki itu cedera di bahu kanan akibat dipukul selain matanya turut disembur dengan lada sulah oleh suspek yang memakai topi keledar bertutup dan melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Sementara itu, Musa berkata, inisiatif Komuniti Kepolisan untuk menghapuskan jenayah akan diperluaskan ke seluruh negara dan bukan setakat di Iskandar Malaysia.

Katanya, antara langkah yang akan diambil bagi menjayakan inisiatif itu ialah dengan penstrukturan semula perjawatan dalam polis, kerjasama dengan majlis tempatan dan mengkategorikan balai polis mengikut mengikut kawasan.
“Kita juga akan menyediakan 90 balai polis bergerak di kawasan tumpuan jenayah di empat negeri (Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang),” katanya.

Setakat ini hanya ada lapan balai polis bergerak dan bulan depan 20 lagi akan ditambah untuk mencukupkan jumlah sasaran sehingga hujung tahun ini,” katanya.

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum