PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Empat lelaki serang, rampas bas

Go down

Empat lelaki serang, rampas bas  Empty Empat lelaki serang, rampas bas

Post  Shue fern (L6A) Thu Jul 05, 2012 6:00 pm

IPOH 5 Julai - Empat lelaki bersenjatakan batu menyerang sebelum merampas sebuah bas henti-henti yang dinaiki lima pelajar berhampiran sebuah stesen bas di Jalan Lim Bo Seng, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi apabila empat lelaki terbabit melempar batu ke arah bas berkenaan sehingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan lalu membuka pintu di satu persimpangan lampu isyarat.

Kesemua suspek kemudiannya memasuki bas lalu menyerang pemandu berusia lingkungan 50-an yang terpaksa melarikan diri.

Cubaan suspek merampas bas tersebut bagaimanapun gagal apabila mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian sebelum melarikan diri. - UTUSAN

Pada pendapat saya,kejadian ini berlaku disebabkan oleh kurangan pendidikan moral dan agama. Hal ini kerana mereka tidak tahu membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk menyebabkan mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Kesan-kesannya adalah menjejaskan reputasi negara kita .Negara kita akan dijejaskan kerana akan dipandang rendah oleh negara lain.Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini adalah menguatkuasakan undang-undang.Jika kerajaan menguatkuasakan undang-undang ,kes-kes jenayah akan dikurangkan kerana mereka takut didenda.Selain itu,ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil lagi.Ibu bapa haruslah memberi pendidikan sivik dan moral kepada anaknya untuk mengelakkan kemelut ini.

Shue fern (L6A)

Posts : 3
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum