PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak

Go down

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak Empty Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak

Post  yeow_U6A/2010 Tue May 11, 2010 12:50 am

PETUGAS Barisan Nasional menyemak senarai pengundi berdaftar untuk pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Pasar Sentral, semalam. PM bakal umum projek selesaikan masalah keperluan asas

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan tujuh program bersepadu memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah ketika lawatannya ke sini Khamis ini, sempena pilihan raya kecil Parlimen Sibu. Antaranya ialah isu peruntukan, tanah, pendidikan, pembangunan sosio ekonomi serta infrastruktur yang menjadi antara keperluan penting untuk rakyat termasuk di kawasan pedalaman. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata program itu sudah dikemukakan menerusi Program Transformasi Makmal Pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Menangani Isu Berkaitan Pribumi di Sabah dan Sarawak, tiga minggu lalu.

“Tidak pernah sebelum ini Kerajaan Pusat begitu mengambil berat dan mementingkan usaha untuk menyelesaikan masalah keperluan asas bagi Sarawak dan Sabah, selain di Semenanjung membabitkan Orang Asli.

“Pertama kali jawatankuasa khas diwujudkan kerajaan untuk mengatasi masalah asas dua negeri itu,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu beliau melancarkan projek pembekalan tenaga teknologi solar untuk makmal komputer Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tutus, di Sungai Batang Igan. Dr Maximus berkata, bidang lain akan diberi usaha untuk mewujudkan perancangan pentadbiran lebih kemas antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Mengenai isu agama yang dibangkitkan pembangkang, beliau berkata, rakyat Sarawak dan Sabah lebih memahami isu berkenaan.

Terdahulu, beliau berkata, RM18 juta diperuntukkan kerajaan untuk menjayakan 165 projek meningkatkan keupayaan masyarakat luar bandar menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sarawak dan Sabah.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak Empty Re: Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak

Post  yeow_U6A/2010 Tue May 11, 2010 12:57 am

RM88.9j tingkat taraf hidup penduduk luar bandar

SIBU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan RM88.9 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek meningkatkan taraf hidup penduduk di Sibu sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RM79.6 juta untuk menyediakan infrastruktur luar bandar dan pinggir bandar, manakala RM5.8 juta untuk program kesejahteraan rakyat. Sebanyak RM2.5 juta lagi dibelanjakan untuk program di bawah Mara, prasekolah RM378.632 dan pengupayaan ekonomi RM278,800. “Pada tahun ini saja kita memperuntukkan RM268 juta. Daripada jumlah itu, RM20 juta untuk projek jalan luar bandar, manakala untuk projek bekalan elektrik luar bandar RM3.59 juta.

“Bagi bekalan air luar bandar pula RM2.69 juta diperuntukkan tahun ini, diikuti prasekolah (RM378,632), ameniti sosial (RM105,000) dan projek Mara (RM74,641),” katanya pada Program Mesra Rakyat Bersama Mara di Pusat Pameran dan Perdagangan Sibu, di sini semalam.

Shafie berkata, peruntukan besar itu disediakan sejak awal pelaksanaan RMK-9 lagi, bukan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pada Program Mesra Rakyat Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat di Rumah Stanley Gramong di Bukit Aup, Shafie mengumumkan kementerian meluluskan peruntukan membaik pulih 120 rumah panjang di Sibu.
Shafie berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap telus dalam pengagihan tender di negara ini, dengan nama kontraktor dipaparkan bagi setiap projek, selain proses dokumentasi dilakukan secara online.

“Ia berbeza di Pulau Pinang dan Selangor kerana pengagihan tender tidak dilakukan secara telus sehingga tiada siapa tahu siapa yang mendapat kontrak,” katanya.

Beliau membidas dakwaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membantu kempen calon DAP kelmarin yang menuduh tiada ketelusan dalam pengagihan projek di negara ini termasuk di Sarawak.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum