PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMK-10 Beri Harapan Baru Rakyat Sabah

Go down

RMK-10 Beri Harapan Baru Rakyat Sabah Empty RMK-10 Beri Harapan Baru Rakyat Sabah

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 1:10 pm

KIULU, 11 Jun (Bernama) -- Perjalanan menyelusuri lereng-lereng Banjaran Crocker dipenuhi dengan pelbagai cerita, dan antaranya adalah kisah penghijrahan penduduk Tobobon ke Kampung Mantob pada penghujung tahun 50-an dan awal 60-an, serta keperitan hidup mereka berulang-alik berjalan kaki.

Bagi seorang penduduk, Solinah Sambag, 64, dari Kampung Mantob di sini, untuk sampai ke Tobobon dari kampungnya, dia terpaksa berjalan kaki hampir 30km mengharungi bukit tinggi dan perjalanan yang amat memenatkan.

Parjalanan sukar yang terpaksa dilalui Solinah dan ratusan penduduk di kawasan itu bakal berakhir dan mereka boleh menarik nafas lega apabila impian mereka untuk menikmati kemudahan jalan raya luar bandar menghubungkan Mantob-Gonipis-Tobobon bakal menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun lagi.

Seperti kebanyakan rakyat Sabah, Solinah menyambut baik intipati Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam, antara lain mengumumkan bahawa di bawah rangka rancangan lima tahun bermula dari 2011 hingga 2015, jalan sepanjang 2,540km akan dibina di Sabah dan 2,819 km di Sarawak.

Difahamkan, Jabatan Kerja Raya Sabah telah memasukkan jalan raya itu sebagai antara projek utama yang akan dilaksanakan dalam RMK-10.

"Inilah impian kami dan kami berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang begitu prihatin dengan keperluan dan kepentingan kaum Bumiputera di Sabah terutama yang tinggal di luar bandar," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata RMK-10 adalah sebuah perancangan menarik melibatkan kepelbagaian etnik selaras dengan konsep 1Malaysia untuk menguatkan ekonomi negara.

"Perdana Menteri menggunakan jaringan kerjasama dengan mengeratkan kaum Cina dengan kaum India. Saya juga berharap kerajaan Pusat akan menambah peruntukan untuk membantu anak-anak Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum untuk bersama-sama membangunkan modal insan berkualiti," katanya.

Jainab berharap golongan belia Sabah menggunakan peluang yang tersedia dalam RMK-10 dan tidak berhijrah ke tempat lain bagi meningkatkan sosio ekonomi negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata kesungguhan kerajaan memastikan 99 peratus kawasan di Sabah dan Sarawak mendapat bekalan dan kemudahan asas menjelang 2015 menunjukkan keprihatinan kerajaan pimpinan Najib terhadap pembangunan rakyat.

"Hasrat Najib untuk melihat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan telah tercapai menerusi pembentangan RMK-10. Saya gembira kerana keperluan untuk memberi lebih banyak projek infrastruktur bagi Sabah diberi perhatian dalam rancangan ini, termasuk menambah rumah mampu milik sebanyak 78,000 unit," katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum