PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 lagi bayi dijual sindiket terselamat, tujuh ditahan

Go down

4 lagi bayi dijual sindiket terselamat, tujuh ditahan Empty 4 lagi bayi dijual sindiket terselamat, tujuh ditahan

Post  lisee(U6A) Wed Dec 23, 2009 6:35 am

SUBANG JAYA: Empat lagi bayi berusia tiga bulan diselamatkan selepas polis menahan tujuh anggota sindiket penjualan bayi di sekitar Banting, Klang, Kajang dan Petaling Jaya sejak pertengahan bulan ini.

Ia kejayaan terbaru selepas polis menyelamatkan lima bayi dan seorang kanak-kanak berusia dua minggu hingga tiga tahun yang dijual kepada pasangan tertentu yang mahu mendapatkan anak dengan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang, sejak awal Disember lalu.

Kejayaan itu hasil siasatan polis serta kesediaan beberapa pasangan yang membeli bayi dan kanak-kanak terbabit tampil membantu siasatan selepas kegiatan itu didedahkan baru-baru ini.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata anggota sindiket yang ditahan terdiri daripada dua wanita tempatan serta empat wanita dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 hingga 36 tahun.

Mereka ditahan di Banting, Klang dan Kajang masing-masing pada 15, 18 dan 20 Disember lalu.

"Dua wanita Indonesia yang ditahan adalah perempuan yang mengandung, manakala dua wanita tempatan itu adalah orang kanan kepada ketuanya yang sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, baru-baru ini," katanya selepas majlis perasmian pondok bit polis di Jalan Kekwa, Puchong Perdana, di sini semalam.

Beliau berkata, ketika ditemui di tempat kejadian, polis turut menemui dokumen pengenalan diri bayi itu seperti sijil kelahiran yang menggunakan nama pasangan yang mengambil anak berkenaan.

"Saya percaya hasil penahanan dan maklumat diterima, lebih ramai lagi anggota sindiket yang akan ditahan. Empat bayi itu kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh siasatan, termasuk seorang yang diserahkan pasangan yang sudah membelinya," katanya.

Khalid juga meminta pasangan yang membeli anak daripada sindiket itu tampil membantu polis menjalankan siasatan.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum