PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peraturan lesen runcit tetap diteruskan

Go down

Peraturan lesen runcit tetap diteruskan Empty Peraturan lesen runcit tetap diteruskan

Post  keat sin (U6A) Fri Jun 04, 2010 1:30 pm

KUANTAN 4 Jun – Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit barangan kawalan berkuat kuasa 15 Jun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, lesen runcit itu penting bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

"Sebelum ini kerajaan agak sukar mengawal peruncit memandangkan bilangannya terlalu ramai berbanding pemborong dan langkah mengenakan lesen ini bertujuan menjaga kepentingan pengguna.

"Bayaran untuk membuat lesen ini begitu kecil iaitu RM10 untuk seumur hidup dan tidak timbul sebarang masalah sekiranya cadangan ini dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini yang menyuarakan bantahan para peruncit Cina di negara ini.

"Tidak ada sebab mengapa mereka (peruncit) perlu mempertikaikan cadangan ini kerana langkah kerajaan adalah untuk mengawal barang keperluan daripada dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Ismail Sabri.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum