Kediaman tetap untuk Orang Asli

View previous topic View next topic Go down

Kediaman tetap untuk Orang Asli

Post  yeeleng(L6A) on Sun Jul 25, 2010 4:13 pm

KUALA LIPIS: Datuk Seri Najib Razak mahu projek Rancangan Penempatan Semula (RPS) Orang Asli dilaksanakan secara bersepadu dengan memastikan ia dilengkapi kemudahan asas serta menyediakan aktiviti ekonomi bagi memberi pendapatan tetap, sekali gus membolehkan mereka kekal di situ bagi tempoh jangka panjang. Perdana Menteri berkata, ia juga bagi memastikan mereka tidak lagi mengamalkan kehidupan berpindah randah dan menyukarkan kerajaan membantu mereka keluar daripada masalah kemiskinan serta menyediakan pendidikan sempurna. Oleh itu, beliau berkata, pembangunan RPS perlu mengutamakan aspek punca dan peluang ekonomi seperti ladang pertanian selain menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.

“Apabila kita membuat perancangan atau membangunkan penempatan semula, kita mesti sediakan segala keperluan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli dapat menikmati kehidupan lebih sejahtera dengan kemudahan disediakan.

“Kita kata Orang Asli suka merayau, mereka merayau kerana tidak ada punca pendapatan. Jangan salahkan mereka, kerana kita juga akan berbuat perkara yang sama (jika tidak ada punca pendapatan),” katanya pada majlis perasmian Program Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli Pahang di Sekolah Kebangsaan RPS Betau, dekat sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamani yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan orang ramai turut dihiburkan dengan tarian sewang 1Malaysia oleh kumpulan Babola dari RPS Pos Betau.

Najib berkata, dalam tempoh 2006 hingga 2010, kerajaan memberi peruntukan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Malah, sejumlah RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kualiti hidup, bantuan makanan, wang saku, input pertanian dan tambang sekolah kepada penduduk Orang Asli pada 2008 berikutan kemelesetan ekonomi ketika itu.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM6 juta bagi pembinaan jalan Kampung Pos Betau ke Lenjang sejauh RM15 kilometer yang akan dimulakan pada hujung tahun ini dan bekalan elektrik kepada 173 rumah dalam program penempatan semula di RPS Pantos (RM1.6 juta).

Sementara itu, dalam sidang media kemudian, Najib menyangkal dakwaan bahawa konsep 1Malaysia bersifat luaran atau sebutan semata-mata, sebaliknya ia sudah mula menjadi amalan jabatan dan agensi kerajaan dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan secara adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menjelaskan bahawa penerimaan rakyat mengenai konsep yang dicetuskannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri sejak tahun lalu, berada di paras tinggi dan diterima secara menyeluruh oleh rakyat di bandar dan luar bandar.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus memberi penelitian termasuk memberi kefahaman dan memperkenalkan lebih banyak program berkaitan 1Malaysia demi kepentingan rakyat sejajar dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum