PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Usaha perkenal budaya 1Malaysia ke Amerika diteruskan

Go down

Usaha perkenal budaya 1Malaysia ke Amerika diteruskan Empty Usaha perkenal budaya 1Malaysia ke Amerika diteruskan

Post  ypeng(U6A/10) Mon Apr 12, 2010 12:23 pm

WASHINGTON 12 April - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang mengkaji untuk memperluaskan usaha memperkenalkan seni dan budaya 1Malaysia ke Amerika Syarikat secara berterusan, kata menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, program pertama kementerian itu, iaitu Festival Wajah-Wajah 1Malaysia yang berlangsung di bangunan National Geographic Society di sini sejak Sabtu, telah mendapat sambutan positif daripada pengunjung.

"Program ini sesungghnya berjaya dan kita lihat bahawa Festival Wajah-Wajah 1Malaysia ini bukan sahaja dari segi wawasan dan gagasan yang dikemukakan, tetapi juga dari kandungan seni dan budaya dan cara hidup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum itu melancarakan festival tersebut yang mempromosi kebudayaan dan kesenian pelbagai masyarakat Malaysia, serta makanan kegemaran serta kraftangan dan produk pelancongan.

Rais berkata, Pengarah National Geographic Museum Susan Norton, yang juga pengerusi sambutan program “National Cherry Blossom Festival” yang diadakan di Washington setiap tahun pada Mac dan April bagi menyambut musim bunga “Cherry Blossom”, telah menjemput Malaysia untuk menyertai acara kebudayaan itu.

"Kita akan lihat dari sudut amalan yang menguntungkan. Jika ianya praktikal, kami akan sahut sambutan itu supaya kita ambil bahagian,” katanya.

Rais berkata, kerjasama Malaysia dengan National Geographic Society yang sebelum ini hanya melibatkan bidang perfileman program dokumentari, akan dilebarkan meliputi program kebudayaan dan kesenian dengan menggunakan peruntukan RM2.2 juta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum