1Malaysia perkenal produk rakyat

View previous topic View next topic Go down

1Malaysia perkenal produk rakyat

Post  ypeng(U6A/10) on Sun Jul 11, 2010 10:09 am

PUTRAJAYA 10 Julai - Gagasan 1Malaysia kini memasuki fasa baru dengan memperkenal dan mengenal pasti lebih banyak produk dan perkhidmatan 1Malaysia yang menjurus kepentingan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan itu sebenarnya tidak terhad kepada soal perpaduan semata-mata tetapi lebih meluas daripada rangkai kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dalam soal ini, beliau telah meminta Jabatan Imigresen yang berjaya mengeluarkan pasport antarabangsa dalam masa sejam supaya mempamerkan poster mengenai keupayaan prestasi tersebut di pekarangan 26 cawangan agensi itu di seluruh negara.

"Satu (1 jam) itu guna simbol 1Malaysia. Sebenarnya kita sudah mulakan dengan klinik 1Malaysia.

"Ini (baru) dua contoh dan kita akan kenalkan lebih banyak produk sedemikian rupa. Malah kita dalam proses mengenal pasti produk dan perkhidmatan yang selaras dan menepati konsep 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya di sini hari ini.

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April tahun lepas.

1Malaysia diyakini mampu memarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan rakyat, mencuar aspek integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia serta menjadi pemacu mempercepatkan pencapaian Wawasan 2020.

Ketika ini, gagasan itu lebih menekankan aspek program dan pemahaman sebelum beralih ke fasa baru yang menonjolkan produk dan perkhidmatan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum