PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tradisi kurnia darjah diteruskan

Go down

Tradisi kurnia darjah diteruskan Empty Tradisi kurnia darjah diteruskan

Post  ypeng(U6A/10) Mon Mar 22, 2010 2:17 pm

KOTA BHARU 21 Mac - Istana Kelantan akan meneruskan tradisi penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 30 Mac ini.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan supaya ia dilangsungkan berdasar kuasa yang ada pada baginda.

Beliau berkata, sambutan cukup sederhana itu akan bermula dengan Majlis Hari Hol Almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Mac ini dengan solat hajat dan doa selamat di seluruh masjid di negeri ini.

"Saya cuma melaksanakan titah. Sebahagian daripada penganugerahan darjah kebesaran akan diadakan pada 30 Mac ini manakala selebihnya akan diadakan pada hari yang akan ditentukan kelak.

''Namun istiadat itu sebenarnya tidak semestinya dilangsungkan sempena sambutan Hari Keputeraan.

''Penganugerahan ini sejajar dengan Perkara 44(1) dan 44(2), Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Kelantan Yang Kedua yang memberikan kuasa kepada Pemangku Raja untuk mengurniakan darjah kebesaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengesahkan sama ada istiadat penganugerahan itu akan diteruskan atau tidak.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa hari keputeraan tersebut akan dibatalkan seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh 'Setiausaha Sulit Sultan', Datuk Wan Hashim Wan Daud.

Wan Hashim dilaporkan mendakwa menerima titah daripada Tuanku Ismail supaya semua perayaan dan penganugerahan sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 dibatalkan.

Lazimnya perayaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan akan berlangsung sebelum 30 Mac dengan pelbagai acara diatur termasuk baginda mencemar duli melawat ke seluruh daerah.

Dalam pada itu, satu pekeliling mengenai titah Tuanku Ismail Petra yang menyatakan tiada perayaan sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 diedarkan ke semua jabatan kerajaan dan badan berkanun di negeri ini.

Pekeliling yang ditandatangani Wan Hashim itu yang dikeluarkan pada hari ini menggunakan kepala surat Pejabat Sultan Kelantan turut menyatakan hanya majlis solat hajat dan doa selamat diadakan di seluruh masjid di negeri untuk sambutan itu.

Turut dikepilkan bersama ialah 'pengisytiharan Istana Kelantan' seperti mana yang diedarkan kepada media Khamis lalu yang mendakwa Tuanku Ismail Petra turut tidak memperkenan pengurniaan darjah kebesaran.

Utusan Malaysia semalam melaporkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf kenyataan Wan Hashim manakala Abdul Halim membuat laporan polis berhubung status kedudukan bekas Setiausaha Kerajaan itu dan 'titah' sultan yang dihebahkan melalui media.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum