PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Subsidi dimansuh

Go down

Subsidi dimansuh Empty Subsidi dimansuh

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 28, 2010 9:16 am

Cadangan jimat beban perbelanjaan dalam lima tahun elak negara muflis

Subsidi dimansuh Pix_gal0
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, membentangkan peranan subsidi sempena Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.
Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

“Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi 80 sebulan.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion).

Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Subsidi dimansuh Empty Budaya subsidi beri kesan negatif: Idris

Post  Ong SQ (U6B/2010) Fri May 28, 2010 9:30 am

2010/05/28
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya.

“Rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.

Idris berkata, mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus.

Katanya, ia hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

“Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

“Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Subsidi dimansuh Empty Bantu kerajaan tangani beban hutang

Post  Ong SQ (U6B/2010) Sat May 29, 2010 11:36 am

2010/05/29
KUALA LUMPUR: Orang ramai menyambut baik cadangan untuk memansuhkan subsidi secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan mereka bersetuju dan mahu membantu kerajaan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dianggar meningkat menjelang 2019 sehingga boleh mengakibatkan negara muflis.
Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Zarina Mustafa, 29, yang ditemui berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memerlukan kajian yang lebih teliti bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terjejas dengan pemansuhan subsidi.

Bagi seorang bekas kakitangan swasta, Siti Zabidah Darimin, 51, berkata rakyat perlu membiasakan diri untuk tidak bergantung terhadap subsidi yang diberikan kerajaan bagi menjadikan negara lebih kompetitif pada masa depan.

“Saya terima penghapusan subsidi ini, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi kerajaan ...pada masa sama saya cuma mahu kerajaan sentiasa memantau pergerakan pemborong barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak masak supaya tidak berlaku sebarang manipulasi harga dan penyimpanan stok,” katanya di sini, semalam.

Pekerja swasta, Jenny Lim, 53, berkata walaupun kerajaan bercadang untuk memansuhkan subsidi, pemberian rebat dan diskaun sedikit sebanyak membantu rakyat untuk tidak berasa tertekan dengan pemansuhan berkenaan.

Pelajar Universiti Malaya (UM), Aisyah Tukiman, 29, berkata kini adalah masa paling sesuai untuk rakyat merubah pendirian diri demi untuk kepentingan negara pada masa depan.

“Sebagai rakyat kita perlu ada semangat untuk membantu negara dan cadangan ini perlu diterima dengan baik kerana ia tidak akan membebankan rakyat berikutan dilakukan secara berperingkat.

Sementara itu, pekerja swasta, Anandaraj, 50, berpendapat, rakyat Malaysia kini boleh menerima kenaikan sesuatu barangan dan perkhidmatan seperti petroleum serta kadar tol, namun beliau mahu kerajaan memberi perhatian kepada barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak masak yang dikhuatiri akan menyebabkan harga makanan naik secara mendadak.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Subsidi dimansuh Empty Isu subsidi belum muktamad: PM

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Jun 02, 2010 5:25 pm

2010/06/02

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum memuktamadkan keputusan mengenai isu pengurangan atau pemotongan subsidi yang dinikmati rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang meneliti bentuk tindakan yang wajar diambil. “Subsidi kepada rakyat kita sedang teliti, apa yang patut kita lakukan, kita belum buat keputusan muktamad.

“Cuma kita gambarkan kalau kita tidak melakukan apa-apa, kesannya (pada negara) sudah kita maklumkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau ditanya sama ada kerajaan bercadang memotong insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dinikmati ketika ini seperti cadangan memotong atau mengurangkan subsidi pelbagai barangan.
Sambil menegaskan insentif kepada SME akan diteruskan, Perdana Menteri berkata isu subsidi dan insentif adalah isu berbeza yang tidak boleh dicampur adukkan.

Sementara itu, Najib berkata, Rancangan Malaysia Ke-10 (RM-10) yang dibentangkan nanti akan mengandungi elemen berdasarkan Model Baru Ekonomi (MBE).

Ditanya bantahan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap MBE, beliau menyifatkan ia pandangan pihak berkenaan dan meminta semua pihak menunggu ucapannya pada pembentangan RM-10
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Subsidi dimansuh Empty Re: Subsidi dimansuh

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum