PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Subsidi: Maklum balas rakyat diambil kira

Go down

Subsidi: Maklum balas rakyat diambil kira Empty Subsidi: Maklum balas rakyat diambil kira

Post  Seow Ping U6B'10 Thu May 27, 2010 6:58 pm

KUALA LUMPUR 27 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil kira maklum balas rakyat terlebih dahulu sebelum memutuskan keputusan berhubung pengurangan atau pemotongan subsidi.

Beliau berkata berikutan itu tiada sebarang keputusan mengenainya dibuat setakat ini dan menegaskan ia hanya akan diputuskan setelah pandangan dan makluma balas rakyat diperolehi.

"Tapi, kalau kita buat sesuatu yang boleh menentukan kesejahteraan masa depan kita, itu terserah kepda rakyat untuk memikirkan tentang perkara ini.”

"Apakah kita hendakkan kebaikan pada jangka panjang atau pun kita hendak mempertahankan status quo yang ada pada hari ini tetapi mungkin mendedahkan negara kita kepada risiko-risiko tertentu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi berterusan.

Idris berkata demikian pada hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang antara lain mencadangkan supaya subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dimansuhkan secara berperingkat.

Najib berkata kenyataan tersebut adalah pandangan Idris berdasarkan kepada unjuran tetapi keputusan dalam melaksanakannya akan hanya dibuat selepas mendapat maklum balas daripada rakyat.

“Kita nak rakyat tahu segala implikasinya, kalau kita tak buat, ini implikasinya dan kalau buat ini pula implikasinya. Ini proses secara telus yang kita ingin lakukan sebab isu ini isu besar, jadi kita nak kongsinya bersama rakyat supaya mereka faham ini keputusan yang kita kena buat bersama,” katanya. - Bernama

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum