PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011

2 posters

Go down

Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011 Empty Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Thu May 27, 2010 4:02 pm

KUALA LUMPUR 27 Mei – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport minyak seawal tahun depan sekiranya ia meneruskan kadar penggunaan petroleum seperti sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini.

Rakyat Malaysia terus menjadi antara pengguna bahan api tertinggi perkapita dalam pola tabiat penggunaan bahan api dunia yang secara umumnya kekal tidak berubah, meskipun peningkatan harga minyak pada 2008.

Beliau juga berkata,
kira-kira 70 peratus daripada subsidi gas petroleum cecair (LPG) kerajaan pergi kepada perniagaan komersial dan tidak sampai kepada golongan sasaran
Kira-kira 30 peratus subsidi minyak masak juga disalahgunakan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan mencadang untuk menghentikan secara perlahan-lahan subsidi petrol sejajar dengan langkah untuk meletakkan ekonomi Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh bagi merealisasikan aspirasi Wawasan 2020, iaitu untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

"Subsidi merupakan perlambangan perdagangan yang tidak tepat,” kata Idris semasa merasmikan Hari Terbuka Subsidi di sini bagi mendapat maklum balas daripada orang ramai mengenai subsidi.

"Tambahan pula, ia menimbulkan satu beban fiskal kepada ekonomi yang sedang meningkat maju seperti mana Malaysia patut menghindarinya. Oleh itu, kami sangat memerlukan satu strategi subsidi yang baik kerana ia tidak mampan,” katanya.

"Bagi menyelamatkan negara, kita perlu meningkatkan KDNK kita, rakyat Malaysia perlu sedar kita memberikan subsidi tertinggi — 4.6 peratus daripada KDNK malahan lebih tinggi berbanding Indonesia (2.7 peratus) & Filipina (0.2 peratus),” kata Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Malaysia merupakan antara negara yang paling bersubsidi di dunia. Jumlah subsidinya sebanyak RM74 bilion pada 2009 bersamaan dengan RM12,900 bagi setiap isi rumah. – Bernama
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011 Empty penyalahgunaan subsidi

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Thu May 27, 2010 4:08 pm

pada pendapat saudara dan saudari sekalian, di manakah subsidi tersebut di salah gunakan? apakah caranya untuk mengatasi masalah penyalahgunaan subsidi? Shocked
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011 Empty Re: Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 Sat May 29, 2010 9:52 am

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi yang selaras dengan pengurangan subsidi di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan, ia perlu dilaksanakan kerana banyak negara sudah melaksanakannya.
“Rakyat Somalia sendiri perlu bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia,” katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Idris berkata, mengikut perangkaan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009 adalah pada 11 peratus.

Katanya, ia hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

“Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus,” katanya.

Beliau juga berkata, budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.
“Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara menyeluruh. Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap perkara utama bagi mencapai penjimatan lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
LEE WEI SHAN L6F 2010
LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011 Empty Re: Malaysia mungkin jadi pengimport minyak bersih pada 2011

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum