PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga Minyak

+4
PnLeela
sim
siewMei
vinclam1314
8 posters

Go down

Harga Minyak Empty Harga Minyak

Post  vinclam1314 Thu Feb 28, 2008 2:32 pm

Harga minyak cecah lebih RM323 setong

Oleh: KAMARULZAIDI KAMIS

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Harga minyak global terus merekodkan paras tertinggi baru apabila naik ke paras tertinggi harian iaitu AS$100.32 (RM323.48 ) setong pada awal pagi tadi di pasaran hadapan komoditi di New York dan kekal di atas paras AS$100 (RM322.45) setong dagangan di Asia pada petang ini.

Penganalisis berkata, harga minyak mentah bermutu tinggi, Light Sweet bagi penghantaran bulan April ditutup pada AS$99.70 (RM321.48 ) setong di New York Merchantile Exchange (Nymex) awal pagi tadi.

Dalam urus niaga elektronik luar waktu dagangan di Asia petang ini, harga komoditi tersebut bagi penghantaran bulan April berada pada paras AS$100.13 (RM322.87) setong pada pukul 5.30 petang waktu Malaysia, kekal di atas paras AS$100 setong.

Pakar Ekonomi Inter-Pacific Research Sdn. Bhd., Anthony Dass berkata, faktor utama yang melonjakkan harga minyak mentah adalah kekurangan bekalan dan aktiviti peralihan pelaburan dana lindung nilai.

"Permintaan tinggi daripada gergasi ekonomi global seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kekal tinggi, di sebalik pengeluarannya yang terhad.

"Keupayaan negara-negara pengeluar minyak mentah global untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ekoran kosnya tinggi dan kurang keupayaan teknologi menjadikan harganya terus meningkat tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut beliau, peralihan pelaburan oleh dana lindung nilai dan dana pencen global daripada pegangan berasaskan dolar AS kepada komoditi juga menjadi antara penyumbang kenaikan.

"Penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS untuk membendung krisis tekanan kredit yang dihadapinya telah menjadikan nilai benar dolar susut berbanding mata wang utama lain.

"Oleh demikian, dana lindung nilai dan dana pencen menjual pelaburan berasaskan dolar AS dan membeli komoditi utama khususnya minyak mentah, justeru merangsang kenaikan harganya," tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, harga komoditi tersebut berada dalam keadaan yang tidak stabil ketika ini ekoran petunjuk-petunjuk dan aliran berita yang tidak menentu.

"Harga minyak sukar diramalkan kebelakangan ini, ia boleh naik melepasi paras AS$100 setong dan boleh juga turun ke bawah paras itu.

"Namun begitu, pada dasarnya ia akan kekal tinggi di atas paras AS$90 (RM290.21) setong pada tahun ini dan masyarakat global harus bersedia berhadapan dengan keadaan itu," katanya.

Menurutnya, keengganan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk menambah pengeluaran ekoran kejatuhan nilai dolar AS.

"Sebahagian besar urus niaga minyak mentah global adalah berasaskan dolar AS. OPEC enggan menambah bekalan kerana mereka dibayar dengan dolar yang semakin lemah daripada segi nilainya," katanya.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Kerajaan akan terus melihat setakat manakah ia boleh terus memberi subsidi untuk harga-harga minyak petrol dan mencari jalan untuk mengurangkan kesan harga minyak mentah yang tinggi terhadap ekonomi domestik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata kenaikan harga-harga petroleum bukan sahaja menjejaskan Malaysia tetapi ia merupakan fenomena sejagat.

"(Jadi) sesiapa sahaja yang berkuasa, kenaikan harga akan berlaku seluruh dunia. Terpulanglah kepada kerajaan kita, Barisan Nasional sekarang ini untuk melihat setakat manakah kita boleh meneruskan dengan subsidi ini" kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Persatuan Automotif Malaysia (MAA) di sini hari ini.

(Dipetik daripada Utusan Malaysia )
Harga Minyak telah menjadi satu isu yang dibangkit oleh parti pembangkang pada pilihanraya kali ke-12 ini.
Selepas kakak dan abang membacakan petikan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, sila berikan pendapat anda.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Terus meningkat

Post  siewMei Fri Feb 29, 2008 5:28 pm

saya rasa harga petro akan terus meningkat memandangkan keadaan nilai dolar AS turun dan faktor-faktor lain yang terdapat dalam petikan..
bagi isu tentang harga petro yang telah dibangkitkan oleh parti pembangkang,terdapat banner-banner yang digantung di tepi jalan mengatakan jika mereka(parti pembangkang) menang,harga petro tidak akan meningkat,selepas membaca petikan surat khabar tadi,saya rasa usaha parti pembangkang ini agak mustahil..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Sat Mar 01, 2008 10:22 am

saya agak bersetujui apa yang dikatakan oleh kakak Siew Mei.. saya juga berpendapat bahawa parti pembangkang tidak mungkin menurunkan atau stabilkan harga petrol.. Kerajaan perlu menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos petrol yang ditanggungkan oleh kerajaan.. Kata lain, kita hendaklah menanggung harga petrol sendiri juga.. kerana ibu bapa kita lah yang membayari cukai kepada kerajaan.. cyclops

Saya juga berpendapat bahawa harga minyak akan terus meningkat kerana simpanan minyak di dunia kini semakin kurang.. apa yang perlu kita buat adalah kurangkan penggunaan minyak seperti kurangkan membawa kereta sendiri.Kita boleh mengkongsi kereta dalam perjalanan yang sama..

Selain itu.. Kita juga perlu menjimatkan wang kita dan tidak harus bersikap memboros sedangkan harga petrol akan terus meningkat.. (Harga petrol yang meningkat akan meningkatkan lagi harga barangan lain sedangkan kebanyakan barangan juga memerlukan van atau kenderaan lain untuk memindahkan barangan tersebut untuk dijualkan kepada orang ramai..)

Dapatkah kakak dan abang memberikan serba sedikit cara untuk menjimatkan wang kita sedangkan harga petrol semakin meningkat?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Harga minyak

Post  sim Sun Mar 02, 2008 12:18 pm

Pada pandangan saya,harga minyak akan meningkat walaupun parti pembangkang mengatakan akan menstabilkan harga minyak di negara kita,tetapi saya berasa hanya satu teknik parti pembangkang untuk memenang dalam pilihanraya kerana kerajaan tidak dapat lagi menanggung kos minyak yang semakin meningkat untuk meringankan beban rakyat.Oleh itu,rakyat hendaklah membuat persediaan kerana harga semua barangan akan meningkat.Keadaan ini akan berlaku pada masa yang akan datang,mungkin selepas pilihanraya,2 bulan kemudian,dalam masa itu,semua rakyat akan berhidup dengan susah-payah......

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Gas-gas NGV(natural gas vehicle)

Post  siewMei Sat Mar 08, 2008 4:14 pm

selain cara-cara yang dikemukan oleh abng toh wai,terdapat beberapa cara lagi untuk menjimatkan $ kita memandangkan harga minyak akan terus meningkat.
belakangan ini,kawan-kawan tahu kan teksi-teksi di negara kita kini menggunakan gas-gas NGV(natural gas vehicle) dan bukannya petroleum. Harga gas-gas NGV ini lebih murah berbanding harga minyak yang kebanyakan kereta sedang guna ini.jadi,jika kereta kawan-kawan ingin guna gas-gas NGV ini,kereta kawan perlu diubahsuai sedikit baru kereta kawan boleh guna gas-gas ini. akan tetapi,kita masih perlu bayar untuk pengubahsuaian bagi kereta kita.
Yang kedua adalah menjalankan R&D(research & development),cari tenaga alternatif yang lebih murah dan sumbernya adalah tidak terhad bagi mengantikan minyak yang kita guna sekarang.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Sun Mar 09, 2008 10:02 am

(kepada kakak Siew Mei: adakah yang adik katakan di balasan atas? ada cara-cara tentang kejimatan wang? hehe.. saya tidak dapat carikan lah.. haha.. Twisted Evil )

Memanglah saya tidak tahu tentang kegunaan gas NGV yang dikatakan oleh kakak Siew Mei. Terima kasih kerana sudi berkongsikan maklumat ini kepada adik-adik. Akan tetapi, saya ingin memberikan tambahan kepada balasan kakak Siew Mei yang dikatakan di atas. kataan kakak Siew Mei, cari tenaga alternatif yang lebih murah dan sumbernya adalah tidak terhad bagi mengantikan minyak yang kita guna sekarang.. Saya sangat bersetuju tentang cara ini yang pasti akan menurunkan harga minyak di pasaran. Akan tetapi, mencari tenaga alternarif yang lebih mahal juga akan menurunkan kadar peningkatan sesetengah harga minyak. Contohnya, menggunakan minyak yang lebih mahal (alternatif) untuk menggerakkan kereta. Ini dapat mengurangkan kegunaan petrol di dunia dan akan menurunkan kegunaan bekalan petrol di dunia. Dengan kadar penggunaan petrol yang lebih rendah sedikit, bekalan tidak dapat dihabiskan dengan kadar yang agak cepat, dengan inilah harga minyak tidak akan meningkatkan dengan kadar yang cepat.

(adakah kakak dan abang kalian fahami apa yang adik nyatakan di sini? Saya berasa penjelasan adik ini adalah kurang baik.)

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  siewMei Tue Mar 11, 2008 5:15 pm

Sama-sama abang tohwai... Very Happy
secara jujurnya,saya memang tidak faham apa yang abang tohwai cuba jelaskan.. Razz
Tapi,jika tenaga alternatif tersebut adalah mahal,apa kesannya terhadap harga petroleum,bahagian ini saya tidak berapa faham..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Isu Kenaikan harga minyak- kesannya

Post  PnLeela Thu Mar 13, 2008 4:51 am

Hi kelas,

Memang rakyat amat terasa beban kenaikan harga petrol yang mendadak dan kebimbangan ia akan terus melambung dalam masa akan datang. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan kepada kenaikan barangan lain, iaitu barangan keperluan harian. Kini tahukah anda harga susu tepung sudak melonjak begitu tinggi, harga RM 28 tahun susu tepung Fern Leaf kini mencecah paras RM 44 Rolling Eyes . kesan sampingan begini akan dirasai dalam semua bidang. seterusnya ini akan meningkatkan kos hidup, dan jika golongan yang berpendapatan rendah akan mengalami kesempitan hidup. Apakah akibat keadaan sebegini? kadar kemisikinan meningkat, seterusnya masalah sosial akan berleluasa, jenayah bertambah. Ini akan menjejaskan imej negara. Crying or Very sad
Memandangkan implikasi yang buruk seperti di atas akibat keniakan harga petrol, kita semua berharap pihak kerajaan bersama PETRONAS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengawal kenaikan harga minyak.
Teruskan perbincangan ini dalam konteks begini dan elakkan spekulasi pihak mana yang boleh mengawal harga minyak Cool

Jumpa lagi kelas
Pn leela Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Thu Mar 13, 2008 6:16 am

haha.. minta maaf kepada penjelasan saya yang tidak bagus di atas..maksud saya di atas adalah seperti berikut:

Seperti apa yang kakak dan abang kalian tahu, apabila bekalan sesuatu bekalan semakin kurang, harga barangan akan meningkat. Akan tetapi, apabila bekalan mencukupi permintaan pasaran, harga barangan itu akan menjadi stabil. Contohnya, apabila pertol mencukupi permintaan dunia, harganya akan menjadi stabil. Akan tetapi, hal ini tidak berlaku kerana bekalan petrol adalah tidak alternatif dan semakin kurang tahun demi tahun. seperti apa yang saya terangkan di atas, bekalan petrol semakin kurang, jadi, harga petrol juga semakin meningkat. Oleh itu, penggantian pergunaan petrol dengan minyak lain dapat mengurangkan kadar penggunaan petrol. Dengan inilah, peningkatan harga petrol juga dapat dilambatkan.

Pada hari ini, harga minyak dunia telah memecah paras $AS 108. Ini adalah sangat tinggi berbanding dengan apa yang saya kongsikan pada balasan yang pertama di topik ini. Biar saya tafsirkan sebahagain punca-punca pengurangan bekalan petrol di dunia. Seperti apa yang kakak dan abang sudah tahu, pengurangan bekalan petrol merupakan punca utama peningkatan petrol di dunia sedangakan permintaan petrol di dunia semakin meningkat. perkurungan ekonomi negara-negara yang menghasilkan petrol oleh negara barat juga telah meningkatkan harga petrol. Negara-negara yang menghasilkan petrol terpaksa meningkatkan harga petrol supaya mereka mendapat 'income' yang dapat menanggung 'outcome' negara mereka. selain itu, harga pengangkutan di dunia juga semakin meningkat. pengangkutan petrol ke negara lain dari negara penghasilan petrol yang semakin meningkat meningkatkan lagi kos petrol.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  siewMei Thu Mar 13, 2008 10:16 am

Terima kasih banyak-banyak atas penjelasan cikgu dan abang tohwai,siewmei sudah faham sekarang! Smile jadi,kawan-kawan semua,jangan guna kereta jika hanya menuju ke destinasi yang dekat,cuba guna basikal ataupun berjalan sebagai suatu senaman.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Tue Mar 18, 2008 11:17 am

ern.. minta maaf kakak dan abang kalian, daripada apa yang saya bacakan di internet tadi, pengerusi OPEC mengatakan bahawa harga minyak yang asyik meningkat sekarang bukannya berpunca daripada bekalan minyak yang semakin menurun, Tetapi adalah berpunca daripada penurunan nilai $US (duit Amerika Syarikat). Penurunan nilai $US juga telah menyebabkan harga emas semakin meningkat.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  siewMei Tue Mar 18, 2008 4:04 pm

abang tohwai,tentang punca kenaikan harga minyak,penurunan nilai $US merupakan punca kenaikan harga minyak belakangan ini kan??jika imbas kembali perkara kenaikan harga minyak dalam dua tahun ini,ia disebabkan oleh bekalan minyak yang semakin berkurang dan bukannya penurunan nilai $US,betul?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  leysia Tue Mar 18, 2008 4:23 pm

pada pendapat saya,harga minyak akan terus naik krn ia dilibat oleh kenaikan harga minyak di pasaran ..
Di samping itu,perbelanjaan kerajaan adalah sangat besar untuk menyelesaikan hutang negara dan mereka tidak mampu lagi membayar subsidi yg tinggi untuk menyimbangnya.Minyak petro di malaysia adalah ke-2 rendah dan murah di dunia.Jadi,janganlah kita selalu memarah kerajaan tidak menjaga kebajikan masyarakat,mereka dipaksa juga!!!

selain itu,negara kita juga mengeksport minyak ke luar negara..dan segala keuntungan adalah dimiliki oleh PETRONAS BERHAD dan kerajaan hanya mendapat pendapantan negara seperti cukai eksport, cukai minyak,dan cukai untung terhadap syarikat tersebut...
sebenarnya,petrol minyak merupakan harta milik negara kita,kenapa hendak dicaj oleh 'syarikat' tersebut???
pada pendapat saya,negara kita harus belajar dengan negara BRUNEI...menggunakan keuntungan dlm eksport untuk cover subsidi kepada rakyat...adakah anda setuju???? Question

leysia

Posts : 2
Join date : 2008-03-18

Back to top Go down

Harga Minyak Empty RE : HARGA MINYAK

Post  NCH CHEAN Wed Mar 19, 2008 4:45 pm

Pada pendapat saya ,kenaikan harga minyak ternyata membebankan rakyat dan memberikan kesan yang buruk terhadap kos hidup rakyat secara keseluruhan.Peningkatan harga minyak dunia telah menyebabkan rakyat menanggung beban yang begitu kesan baik pada harga minyak ataupun harga barangan pengguna lain yang akan turut naik kesan kenaikan harga minyak tersebut . Adalah menjadi satu tanggungjawab bagi kerajaan untuk memberikan subsidi kepada rakyat bagi mengurangkan harga minyak sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak .Kerajaan juga haruslah membuat satu kajian bagaimana rakyat boleh memanfaatkan sumber petroleum negara sebaik mungkin dan tidak lagi menghadapi risiko kenaikan harga minyak setiap kali berlaku kenaikan harga minyak global.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  pohblg Wed Mar 19, 2008 6:03 pm

Kenaikan harga minyak bukan sahaja berlaku di negara Malaysia tetapi di seluruh dunia. Punca utama yang menyebabkan kenaikan harga minyak adalah kerana petoleum di dunia semakin kurang. Punca kedua, kenderaan yang semakin banyak di jalan raya turut menyebabkan harga minyak naik,kerana permintaan minyak yang semakin bertambah. Kerja perancangan bandar dan pembangunan juga menyebabkan kenaikan harga minyak,kerana banyak bahan-bahan berat yang mesti diangkut dengan kenderaan yang besar dan berat,oleh itu adalah perlu memerlukan minyak yang banyak. Dalam penawaran minyak yang semakin kurang dan permintaan minyak yang tinggi, sudah tentu harga minyak naik berterusan.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 8:58 pm

siewMei wrote:abang tohwai,tentang punca kenaikan harga minyak,penurunan nilai $US merupakan punca kenaikan harga minyak belakangan ini kan??jika imbas kembali perkara kenaikan harga minyak dalam dua tahun ini,ia disebabkan oleh bekalan minyak yang semakin berkurang dan bukannya penurunan nilai $US,betul?

Saya sekali lagi Minta maaf daripada kakak Siew Mei kerana saya tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan kakak. Saya tidak tahu dan tidak dapat pasti punca yang manakah merupakan punca utama yang menyebabkan kenaikan harga minyak di seluruh dunia pada dua tahun yang lalu. Apa yang saya tahu adalah harga minyak telah menaik sebanyak 16% daripada harga tahun lepas (jika tiada kesalahan). Harga Minyak tahun lepas adalah lebih kurang $US 88 (jika tiada kesalahan). Sekarang, Harga Minyak telah mencetus $US 111 (inilah Harga Minyak tertinggi sekarang, tetapi telah menjatuh balik kepada $US 105 pada hari ini). Daripada kadar peningkatan harga minyak yang syok ini, punca utamanya adalah Nilai $US yang semakin menurun.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 9:05 pm

pohblg wrote:Kenaikan harga minyak bukan sahaja berlaku di negara Malaysia tetapi di seluruh dunia. Punca utama yang menyebabkan kenaikan harga minyak adalah kerana petoleum di dunia semakin kurang. Punca kedua, kenderaan yang semakin banyak di jalan raya turut menyebabkan harga minyak naik,kerana permintaan minyak yang semakin bertambah. Kerja perancangan bandar dan pembangunan juga menyebabkan kenaikan harga minyak,kerana banyak bahan-bahan berat yang mesti diangkut dengan kenderaan yang besar dan berat,oleh itu adalah perlu memerlukan minyak yang banyak. Dalam penawaran minyak yang semakin kurang dan permintaan minyak yang tinggi, sudah tentu harga minyak naik berterusan.

Minta maaf lah bang, bukankah saya sudah katakan bahawa kenaikan harga minyak yang syok ini bukan disebabkan oleh petroleum yang semakin kurang tetapi adalah berpunca daripada keturunan nilai wang $US?

Daripada kata pengerusi OPEC, permintaan minyak juga bukanlah punca utama kenaikan harga minyak yang syok ini kerana bekalan minyak di dunia kini adalah sangat cukup dan pengalian yang lebih adalah tidak diperlukan.

Bolehkah abang Leong berikan penerangan yang lebih lanjut tentang bagaimana Kerja perancangan bandar dan pembangunan mempengaruhi kenaikan harga minyak di dunia atau di malaysia?
Bolehkah kakak atau abang boleh biar saya tahu berapakah subsidi yang diberikan oleh kerajaan sekarang?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  lim Thu Mar 20, 2008 7:19 am

Kenaikan harga minyak adalah berlaku di seluruh dunia.Ini adalah disebabkan petroleum sememang sedang mengalami masalah kehabisan.Selain itu,sebab yang kedua adalah masyarakat menggunakan kenderaan dan mesin semakin luas.Justera,sebab yang ketiga adalah ada sesetengah peniaga dan peruncit yang tidak bertanggungjawab menyimpan stor minyak terlalu banyak demi mendapatkan keuntungan luar biasa.Sebab yang seterusnya adalah pengguna membeli minyak secara besar-besaran kerana takut kehabisan stor minyak di pasaran pada masa akan datang.Masalah ini boleh diatasi melalui usaha kerajaan seperti mengadakan kempen terhadap pengguna untuk mereka tahu apa yang sepatut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan.Selain itu,kerajaan juga sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap peniaga dan peruncit serta mengenakan denda yang lebih teruk terhadap peniaga dan peruncit yang tidak tanggungjawab.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 8:43 pm

Rasanya kami haruslah membezakan minyak dan petrol.. Minyak yang dikatakan oleh saya di sini 'actually' ialah petrol.. dan bukanlah minyak masak..

Daripada balasan yang diberikan oleh sebahagian kakak dan abang, terutamanya tentang punca yang mengatakan bahawa peniaga / pengguna menyimpankan stok minyak.. Saya boleh membuatkan pendapat bahawa kakak dan abang sudah keliru tentang minyak masak dan petrol.. harga minyak masak juga mempunyai kenaikan harga, tetapi tidak secepat dengan petrol.. Petrol bukan minyak yang alternatif.. selepas bekalan digunakan, lombong petroleum tiada lagi mempunyai fungsi untuk mengeluarkan petrol.. Dalam kes minyak masak pula, minyak masak dihasilkan daripada minyak tumbuhan, jadi, minyak masak adalah minyak yang alternatif.. Oleh itu, harga minyak masak tidak meningkat secepat dengan minyak petrol.. Kebanyakan peniaga atau pengguna juga tidak akan menyimpan minyak petrol sedangkan ia susah disimpan dan mudah dibakar.. Selain itu, kebanyakan Pengguna hanya memperolehi minyak petrol di station minyak dan bukannya daripada peniaga..Pada pandangan saya, harga minyak masak adalah meningkat dalam dasar peningkatan harga minyak petrol kerana peningkatan harga minyak petrol telah menyebabkan harga kebanyakan barangan di dunia meningkat..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Harga Minyak Empty Re: Harga Minyak

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum