Soros berdendam pada Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Soros berdendam pada Malaysia

Post  hasrul L6A on Tue Sep 11, 2012 6:27 pm

KUALA LUMPUR<11.9.2012> - Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.

Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.

Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.

"Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.

"Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam

hasrul L6A

Posts : 7
Join date : 2012-06-23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum