PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Skim bantuan subsidi nelayan dikaji semula

Go down

Skim bantuan subsidi nelayan dikaji semula Empty Skim bantuan subsidi nelayan dikaji semula

Post  xiaowen_U6B Thu Apr 29, 2010 6:52 pm

SABAK BERNAM: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula cara dan kaedah pemberian bantuan subsidi dan insentif kepada nelayan bagi memastikan ia lebih berkesan dalam mempertingkatkan sosioekonomi golongan itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata kajian itu ditumpukan khusus kepada usaha mencari pendekatan berkesan bagi menambah hasil tangkapan nelayan.

"Saya sudah meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Perikanan untuk mencadangkan kepada kementerian pendekatan baru berhubung pemberian bantuan subsidi dan insentif kepada nelayan supaya ia benar-benar dimanfaatkan dan memberikan kesan positif terhadap hasil tangkapan ikan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup kepada 1,542 nelayan di dalam kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar di sini.

Noh berkata, kerajaan menerusi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyalurkan banyak bantuan dan subsidi kepada golongan nelayan seperti subsidi minyak, insentif pendaratan ikan dan elaun sara hidup yang bertujuan meningkatkan ekonomi mereka.

Beliau juga berkata, tiga jeti besar iaitu Jeti Kampung Bagan Nakhoda Omar, Jeti Kampung Sungai Air Tawar dan Jeti Kampung Parit Baru Baruh yang keseluruhan bernilai kira-kira RM836,000 sedang dibina di Sabak Bernam dan dijangka siap tahun ini. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum