PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemeriksaan awal elak penyakit kronik

Go down

Pemeriksaan awal elak penyakit kronik Empty Pemeriksaan awal elak penyakit kronik

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed May 19, 2010 3:48 pm

RAUB 18 Mei - Rakyat berusia 40 tahun ke atas digesa membuat pemeriksaan kesihatan lebih kerap bagi mengesan kemungkinan dijangkiti pelbagai jenis penyakit kronik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, melalui pemeriksaan awal, ia dapat membantu mencegah penyakit berkenaan daripada merebak dan akhirnya menjadi pembunuh dalam senyap.

Katanya, pelbagai jenis penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, leukemia, barah payu dara dan paru-paru tidak hanya menyerang warga emas tetapi turut dihidapi golongan muda dan kanak-kanak.

''Saya berharap penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong dapat menjaga kesihatan masing-masing dengan melakukan banyak aktiviti riadah dan menjaga aspek pemakanan.

''Selain itu, kita juga perlu menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing kerana negara kita kini diserang wabak Influenza A (H1N1) dan demam denggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan penduduk miskin di Sungai Klau dekat sini hari ini.

Shahiruddin menegaskan, masyarakat tidak sewajarnya terlalu bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata untuk menjaga kebersihan persekitaran kediaman mereka.

Sebaliknya tegas beliau, masyarakat perlu mengambil inisiatif dengan mengadakan gotong-royong lebih kerap bagi membersihkan kawasan persekitaran mereka.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum