PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Denggi penyakit orang bandar

+2
Kar Yung (U6A/2010)
HsianMin (U6B/2010)
6 posters

Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Denggi penyakit orang bandar

Post  HsianMin (U6B/2010) Sat Feb 27, 2010 2:36 pm

BAGI mereka yang masih menganggap penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu denggi satu penyakit boleh dirawat, buang segera tanggapan itu.

Ini kerana, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit tersebut secara menyeluruh. Lebih membimbangkan ia mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Maknanya mereka tidak mengambil berat tentang bahaya penyakit ini.

Senario ini berlaku kerana masyarakat berfikir demam denggi ada penawar dan beranggapan kawasan rumah mereka sudah cukup bersih dan jauh daripada nyamuk aedes.

Menurut Pengurus Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Putri Shireen Syed Othman, kes demam denggi terus meningkat disebabkan salah tanggapan masyarakat selain sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengetahuan serta kesedaran rakyat Malaysia mengenai penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes itu masih rendah.

''Untuk pengetahuan bersama, walaupun hanya terdapat tompokan air sebesar syiling 20 sen, nyamuk aedes sudah boleh membiak malah pembiakan dalam air yang kotor bukanlah tabiat nyamuk aedes.''Selain suka membiak di tempat-tempat tersembunyi dan gelap sama ada dalam mahupun luar rumah. Nyamuk aedes juga bukan sahaja menggigit pada waktu subuh dan senja tetapi sepanjang hari.

''Dengan hanya satu gigitan sahaja kita boleh mendapat penyakit denggi dan ia juga boleh menyebabkan kematian,'' jelasnya ketika ditemui wartawan Mega baru-baru ini.

Jelas Shireen lagi, pihaknya telah melakukan kajian bersama Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini dan mendapati nyamuk aedes boleh terbang sejauh 200 meter dan juga terbang tinggi sehingga 750 meter (tingkat 21).

Bukan setakat itu sahaja, nyamuk aedes juga boleh dikategorikan sebagai seekor nyamuk yang pintar dan suka persekitaran yang bersih.

Tambah Shireen, pihaknya juga telah membuat kaji selidik pada November dan Disember tahun 2008 dengan kebenaran Kementerian Kesihatan.

Kaji selidik tersebut tertumpu di kalangan penduduk bandar di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini kerana demam denggi merupakan masalah yang lebih dihadapi oleh penduduk bandar berbanding luar bandar.

Ini dapat dibuktikan dengan jumlah bilangan kes demam denggi di luar bandar adalah kurang berbanding di bandar.

Objektif kaji selidik tersebut untuk mengenalpasti apa yang masyarakat tahu mengenai penyakit denggi dan tanggapan mereka mengenai penyakit tersebut.

Hasil daripada kaji selidik yang dilakukan telah menyaksikan bahawa masyarakat hari ini mengambil sikap sambil lewa dalam usaha memerangi nyamuk aedes.

''Ini kerana mereka juga beranggapan menghapuskan nyamuk aedes adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan diri sendiri.

''Dalam hal ini kerajaan sudah buat apa yang termampu selain mengiklankan cara-cara memerangi nyamuk aedes di samping merangka pelbagai program dalam usaha menyedarkan masyarakat bahawa penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes adalah merbahaya.

''Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu untuk menangani masalah ini,'' akui Shireen.

Lazimnya tidak susah bagi individu untuk menjaga kawasan rumah kediaman daripada menjadi pusat ternakan tidak rasmi kepada larva-larva nyamuk ini.

Hanya perlu luangkan masa selama 10 minit dalam seminggu untuk membersihkan piring pasu bunga, tayar buruk, tangki, kolah dan sebarang bentuk takungan agar tidak menjadi sarang pembiakan aedes. Orang ramai juga disaran menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa dalam rumah seminggu sekali.

Ini sekali gus mampu menghapuskan kitaran nyamuk aedes yang mengambil masa selama seminggu untuk membesar.

Ujar Shireen, hanya keprihatinan masyarakat terhadap bahaya nyamuk aedes dapat membantu mengawal penyakit itu daripada terus membunuh manusia.
Katanya, dengan pelbagai usaha yang dilakukan itu, pihaknya berharap dapat mengubah sikap penduduk daripada kurang peka kepada peka terhadap keadaan di persekitaran rumah mereka.

Dari semasa ke semasa juga katanya, Ridsect , jenama nombor satu bagi racun serangga isi rumah di Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., telah merencanakan pelbagai program untuk meningkat kesedaran orang ramai.

Menerusi program yang diadakan seperti gotong royong dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan komuniti setempat, pendidikan di sekolah-sekolah, road show di serata negara dan sebagainya, diharap masyarakat akan lebih peka terhadap bahaya penyakit ini.

Pada masa sama mereka juga harus boleh mengenali simptom diserang penyakit itu dan sentiasa menjaga kebersihan.


Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
Sumber dipetik daripada : utusan malaysia

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Langkah Pencegahan Awal Penyakit Demam Denggi

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sat Feb 27, 2010 6:36 pm

1. Bersihkan kolam mandi dan pastikan air dikeringkan atau masukkan abate.
2. Bersihkan perangkap air di bawah peti sejuk dan letakkan abate.
3. Pastikan alas pasu bunga tidak menakung air dan letakkan abate. Bubuh abate ke dalam bekas jambangan bunga yang terdapat air di dalamnya.
4. Bersihkan saluran air hujan, sistem kumbahan, parit dan longkang yang tersekat.
5. Menutup dengan rapat bekas-bekas takungan air dan bekas-bekas menyimpan air atau masukkan abate.
6. Memperbaiki mangkuk tandas yang rosak supaya air tidak bertakung. Tutup dengan rapat pam tandas dan masukkan abate ditempat air yang menakung.
7. Telangkupkan atau terbalikkan bekas-bekas yang tidak digunakan untuk menyimpan air.
8. Bersihkan sampah sarap dan buang di tempat pembuangan sampah.
9. Kumpul dan lupuskan dengan sempurna semua barangan yang tidak digunakan atau letakkan di tempat yang terlindung dari hujan.
10. Dapatkan rawatan segera di klinik yang berhampiran jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam panas.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 33
Location : KL

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Re: Denggi penyakit orang bandar

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 04, 2010 6:09 pm

Di samping itu, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat seperti dendaan perlu dikenakan jika didapati takungan air atau sampah-sarap di kawasan perumahan seseorang itu. Pemeriksaan kejutan juga boleh dilakukan untuk memeriksa kebersihan kawasan perumahan. Kompaun atau hukuman khidmat masyarakat boleh dikenakan kepada mereka yang tidak bekerjasama. Kerjasama daripada segenap masyarakat adalah perlu untuk menbendung masalah penyakit denggi.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Re: Denggi penyakit orang bandar

Post  leeyoong_U6B Sat May 08, 2010 6:41 am

Selain itu, seminar juga harus diperbanyakkan bagi masyarakat. Pendidikan yang meliputi penyakit Demam Denggi dan komplikasinya, cara-cara jangkitan dan pengawalan tempat pembiakan nyamuk haruslah diberi kepada masyarakat. Pendidikan orang dewasa boleh dilakukan melalui pameran, risalah dan juga perbincangan melalui media massa seperti radio, televisyen dan surat khabar. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Re: Denggi penyakit orang bandar

Post  Khang Wei (U6B/2010) Mon May 10, 2010 12:30 pm

Langkah-langkah pencegahan demam denggi

Perlindungan diri daripada gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

* Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
* Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
* Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
* Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
* Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.


Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Re: Denggi penyakit orang bandar

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Tue May 11, 2010 12:38 pm

para saintis sepatutnya lekas mencari penawar untuk penyakit pembunuh bersiri ini.
Kerajaan seharusnya menyumbangkan lebih banyak kewangan untuk membanteras masalah ini secepat mungkin.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Denggi penyakit orang bandar Empty Re: Denggi penyakit orang bandar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum